Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Saturday, 23 June 2012

Nasi Goreng Sambal Belacan Kak Nyah




Saya belajar Nasi Goreng Sambal Belacan dari Wan Azian, kakak ipar saya lama dulu. Selepas mengajar pembantu rumah cara cara membuatnya, saya tak pernah lagi memasak sendiri. Jadi saya dah lupa bahan bahannya dan terpaksa agak agak jer. Yang saya ingat, bahan diguna tu ala ala sambal belacan jer. Itu sebab tak perlu dimasak lama kerana sambal belacan boleh dimakan begitu sahaja. Nasi ni akan menjadi sedikit kekuningan kerana menggunakan minyak lebihan menggoreng ayam kunyit. 

Saya suka sangat nasi goreng ini terutama terasa bawang bawangnya yang cuma dihiris hiris. Memang lain dari nasi goreng yang biasa saya masak dan makan di mana mana. Nama pun saya tak tahu, jadi saya namakan Nasi Goreng Sambal Belacan Kak Nyah. Kakak ipar saya ni memang handal memasak. Apa yang dimasak semua sedap pada selera saya terutama sambal tumis udang dan kari ikan nya. Aduhaaaii. Kalau dengan dia, saya pasti tak akan memasak kerana apa yang saya masak, pasti tak menjadi. Saya ni jaguh kampung, memasak untuk hubby dan anak anak jer yang handal. Sebab suami saya seorang yang sangat memahami dan tidak cerewet. Apa sahaja yang saya masak, akan dimakan dengan tak ada banyak komplen. Kalau saya tak mahu memasak pun tak apa, dia akan beli makanan mengikut pilihan masing masing.



Seperti yang saya pernah tulis sebelum ini, saya tak suka ke dapur kerana tak tahan panas tapi saya suka menyimpan resepi makanan kesukaan saya. Saya telah punya buku resepi sendiri sejak di bangku sekolah menengah rendah samada yang ditulis tangan atau dari keratan majalah yang digam di dalam buku resepi. Saya memang jenis yang cepat berpeluh dan bila dah panas berpeluh, mood pun jadi tak betul. Alhamdulillah, saya mempunyai ijazah yang melayakkan saya bekerja di pejabat dalam suasana dingin nyaman. Kadang kadang saya selalu terfikir bagaimana agaknya mereka yang bekerja di tengah panas terik mentari seperti menyapu sampah di jalan raya dsb. Kesian mereka yang tentunya terpaksa menahan kulit dimamah mentari yang panas terik seperti kedua ibu bapa ku suatu masa dahulu. 

Selepas berkahwin pun, saya tidak memasak kerana hubby tak mahu saya kepenatan lagipun kami makan berdua sahaja. Selepas berpindah ke rumah sendiri di USJ, saya mempunyai pembantu rumah yang melakukan semua tugas memasak terutama untuk anak anak kerana saya banyak makan di luar. Hahaha tak suka sangat masakan pembantu rumah ni. 

Bila berpindah ke Villa Nur Qaseh, barulah berjinak jinak ke dapur selepas melihat Nana dan Juita rajin ke dapur memasak masakan kesukaan mereka. Nana pula selalu bercerita bermacam macam masakan yang dimasak di Egypt. Haaa sekarang saya seolah budak yang baru mendapat game baru, hobi baru. Kalau sehari tak ke dapur, terasa kekosongan sangat pada hari itu. Rasa tiada pengisian... Badan pun akan jadi penat kerana tiada sesuatu yang mengujakan minda.

Jom kita layan resepi ini yang saya cuba recall satu persatu. Pagi ini saya tidak membuat ayam goreng, sebaliknya saya makan dengan keropok lekor yang diberi oleh sahabat baik saya, Yarina. Saya memang suka sangat sangat dengan keropok lekor terutama dari Terengganu..


Nasi Goreng Sambal Belacan Kak Nyah

5-6 cili merah
1 besar ibu jari belacan
5 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
Ayam - potong kecil (opsyenal)
Segenggan Ikan bilis
Garam
Sayuran disukai
2 biji telur 
Nasi

Tumbuk cili merah dan belacan kasar kasar. Ayam dibubuh garam dan serbuk kunyit.

Panaskan minyak dan goreng ayam. Angkat dan ketepikan bila dah masak. Goreng pula ikan bilis sehingga garing, angkat dan ketepikan.


Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang yang dihiris sehingga wangi. Masukkan bahan tumbuk tadi dan goreng sekejap jer. Kalau suka, pecahkan telur sebelum dimasukkan nasi. Masukkan garam dan dikacau rata.



Tutup api dan masukkan ikan bilis yang digoreng tadi dan gaul rata dengan nasi yang digoreng. 


Boleh tabur bawang goreng dan daun bawang, jika suka. Makan nasi goreng dengan ayam yang telah digoreng.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.