Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Apa Apa Jer


Nasi Goreng Azie Kitchen


Hahaha saja jer letak nama tu sebab tak tahu sebenarnya apa nama nasi goreng ni. Saya buat pun secara tak dirancang apabila saya sebenarnya ternampak nasi lebihan malam tadi semasa hendak membasuh rice cooker.

Terus jer hiris hiris apa apa jer yang ada kat depan mata. Semua main ambik ambik, hiris dan campak jer. Nampak ada hati dan mempedal ayam, hiris sekali. hihihi bontot ayam pun sekali masuk, hish jangan citer sesapa ya. Itu bahagian kegemaran saya. 

Nampak pula ikan jeruk masin, campak seketul. Ada telur, pecahkan sebiji. Tapi jangan terkejut sebab nasi goreng yang dimasak secara cacamerba ni sedap jadinya. Lebih kurang masak asyura lah, campak pelbagai bahan, hasilnya asyura yang sedap.

Jom kita tengok apa yang saya dah letak dalam nasi goreng yang kalau dijual di restoran, rasanya boleh dibayar dengan RM12 sepinggan tanpa perlu berkata apa apa walaupun saya seorang banker yang sangat cerewet... yeayy..

Nasi Goreng Azie Kitchen

Nasi Goreng Apa apa Jer 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Nasi putih
1 biji cili merah - tumbuk kasar
2 bawang merah - tumbuk kasar
3 bawang putih - hiris
3 bawang merah - hiris
Segenggam karot -potong dadu
1 keping ikan jeruk masin
1 ketul hati dan mempedal ayam
1 biji telur
Garam
Sedikit sos ikan

Panaskan minyak dan masukkan ikan jeruk masin. Goreng sambil dihancurkan. Masukkan bawang merah dan putih hiris. Goreng sehingga wangi.

Masukkan karot dan mempedal serta hati ayam. Masak sehingga  karot lembut dan mempedal masak. Masukkan cili merah dan bawang merah tumbuk. 

Masukkan nasi dan pecahkan telur di tepi kuali. Kacau rata supaya telur bersalut dengan nasi. Masukkan garam dan sos ikan. Kacau rata dan sesuaikan rasa. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Nasi Goreng Azie Kitchen

Nasi Goreng Azie KitchenNasi Goreng Azie Kitchen



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

4 ulasan for "Nasi Goreng Apa Apa Jer"

  1. aduiii maghrib2 nie kecur plk tgk nasi goreng..he hehee nk buat jgk la,..:P

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihi sedap tu Zila. Kita makan pulak dengan keropok lekor. Fuyyoh.. nanti kita postkan Rosemary Grilled chicken yang kita buat hari ini ya...

      Padam
  2. Salam sejahtera AK

    Kalau ringan tangan, apa pun sedapkan...tapi cik Puan ni memang rajinlah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Mama Ju, sebenarnya saya ni baru berjinak jinak dengan dapur. Jadi memang tengah kemaruk nak memasak lah ni.

      Padam