Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Saturday, 30 June 2012

Masak Singgang Ikan Selar Kuning






Saya dah lama nak memasak Ikan Singgang yang memang boleh dikira dengan jari saya memasaknya sejak kawin. Hahaha kenapa jadi gitu tu? Hmmm agaknya sejak kecil, dok makan ikan singgang menjadikan saya tak mahu lagi makan ikan singgang. Sehingga lah satu hari bila kawan universiti kami Dato' DJ menulis dalam status facebook nya yang dia makan Singgang Ikan Kembung. Aduhaaai, memang terliur sekali membaca status fb beliau. 

Petang semalam, semasa singgah di kedai runcit, terpandang ikan selar kuning yang memang segar segar. Saya pun terus memilih beberapa ekor kerana tahu anak anak memang tak suka ikan singgang ni. Sambil memasak Udang Masak Black Pepper, saya juga memasak Ikan Singgang yang sangat mudah. Pendekata, pejam mata pun boleh buatlah singgang ni.

Jom layan resepi Masak Singgang Ikan Selar Kuning cara saya di bawah ini...




Masak Singgang Ikan Selar Kuning

6 ekor ikan Selar Kuning
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci lengkuas - hiris nipis
2 asam keping
Sedikit belacan
Garam
Cili padi - ketuk
Bendi - hiris besar

Masak air dan semua bahan kecuali cili padi dan bendi. Setelah menggelegak, masukkan ikan. Masukkan garam dan sesuaikan rasa. Akhir sekali, masukkan kacang bendi. Setelah bendi lembut, bolehlah tutup api dan diangkat.
Sedia untuk dihidangkan.





9 comments:

  1. Sesekali mkn simple cam nie mmg best...Nie antara lauk kegemaran D5 nie besttt wooo klu mkn banjir2 peeerrgghhhh terbaek lahh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam D5. Betul kalau sesekali makan lauk sempoi macam ni, sedapkan. Hubby siap hirup kuah lagi semalam.

      Delete
  2. salam azie......

    masak singgang ikan ni....kan kena dengan sambal belacan nasi panas panas
    huuu....!!!!mak mertua lalu belakang pun tak nampak lah.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Yan, semalam makan dengan udang masak black pepper juga. Makan dengan nasi panas panas, memang terbaeekk lah.

      Delete
  3. Salam ..sedapnya singgang ikan tu..lama dah x buat ni..samalah kita,masa kecik selalu sgt mkn masakan ni..tp ni dah teringinlah plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Wanie. Agaknya sebab selalu makan masa kecik, jadi masa sekarang tak nak lagi makan singgang. Cuma bila lama sangat tak makan, barulah teringin. Sesekali, barulah rasa sedap. Mengimbau kembali zaman kanak kanak kita kan

      Delete
  4. Salam Azie...ikan masak singgang mmg sedap di makan panas2 ngan nasi..pastu ada lak sambal belacan!Mmg best..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Azatie, malam tadi terlupa nak keluarkan sambal sebab siap jer masak, terus ambil gambar sementara depa dah tunggu nak makan. saya kalau memasak 3 lauk sekali jalan, jadi berkejar kejar sana sini sikit lah kat dapur tu. Tak sempat nak berhidang elok elok

      Delete
  5. Pernh mkn singgang ikan member kelantan buat..tp x pernh buat..hihi..tq for the resipi..
    http://blognzashare.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.