Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Wednesday, 27 June 2012

Masak Kicap Ikan Kerisi





Menu hari ini memang tidak dirancang langsung. Bila hubby memberi isyarat untuk makan malam di rumah, saya pun terus mengeluarkan ikan kerisi dari peti ais. Dalam kepala, tercari cari dan terfikir, apa aku nak masak dengan ikan ni. Masak tauchu? Masak pedas? Masak cili padi? Tiba tiba jer saya terlintas untuk memasak kicap kerana rasanya lama juga saya tak memasak kicap samada daging, ayam atau ikan.

Yang seronok menyediakan masak kicap kerana bahan yang digunakan sangat ringkas dan penyediaannya sangat cepat. Yang penting, anak anak sukakan kicap. Kalau kuah yang disediakan tidak menepati selera mereka, pasti kicap yang dicari untuk dijadikan sebagai kuah. Begitulah suka nya mereka pada kicap. Mengenai ikan kerisi ini pulak, aduuh memang sedap ikan kerisi ni. Biasanya makan ikan kerisi kecil selebar 3-4 jari sahaja. Tapi yang kami beli di Morib baru ni, sangat besar. Memang puas menikmati keenakan isi ikan kerisi yang memang manis rasanya.

Jom kita layan cara saya membuat masak kicap...



Masak Kicap Ikan Kerisi

2 keping ikan kerisi
2 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 inci halia - hiris
1/2 biji bawang besar - mayang
1 biji cili merah
1 batang kayu manis
Kicap 
Sedikit cuka
Gula
Sos ikan

Ikan dilumur garam kunyit dan digoreng. Keluarkan sedikit minyak menggoreng ikan dan guna untuk menumis bawang merah, bawang putih, halia dan kulit kayu manis. Tumis sehingga wangi.



Masukkan kicap, cuka, gula dan sedikit air. Masukkan bawang besar dan cili merah. Kalau ada daun sup, masukkan juga. Sesuaikan rasa dan bolehlah dituang ke atas ikan yang digoreng tadi.

Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.

Nota:
Jika suka, boleh juga dimasukkan sedikit cili kisar semasa menumis.



10 comments:

  1. Masak simple2 macam ni mmg sedap Zie,anak akak yang sulung tu kalau boleh hari2 masak kicap pun ok je yalah kalau kicap kat umah sebotol besar tu kejab je habis hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Noor, sama lah dg rumah ni. Mereka suka makan nasi dg kicap wp disediakan macam macam kuah

      Delete
  2. masak macam ni confirm tak bazir...hihihi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat. Mesti ada peminat.

      Delete
  3. Masak kicap nie pebret D5 hari2 masak pun xpe hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. D5, my kids love masak kicap. Tapi I sendiri, tak berapa gemar kicap dan masakan berkicap

      Delete
  4. aduh.. suka bangat ikan... family members x suka ikan lah kak... asyik2 ayam.. asyik ayam... bestnya ikan kicap tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ogyep, ayam mmg kegemaran budak budak tapi Alhamdulillah, anak kami suka juga ikan. Seumur hidup tak pernah jumpa ikan kerisi besar. Sedap sangat rasanya. Nnt nak ajak hubby pergi Morib lagi, cari ikan segar

      Delete
  5. wahh besarnya ikan kerisi tuuu...macam ikan merah lah pulak... dulu2 saya x suka ikan kerisi..nape ntah..tapi lelama, uii itu dulu yg dicekau masuk pinggan...tingat pulak ikan kerisi bakar sumbat belakang resepi mak..:(

    ReplyDelete
  6. Chah, itulah seumur hidup jumpa kerisi yg sgt besar. Masa kecik kecik dulu, ikan kerisi di bubuh garam kunyit dan goreng atau dibakar sahaja. Huhuhu sedap lah pulak. Kecur air liur.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.