Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

30 Jun 2012

Masak Kicap Bijan Ikan Bawal Putih





Malam tadi, saya juga memasak Ikan Bawal Putih Masak Kicap Bijan mengikut resepi yang dikongsi oleh Yatie. Betul lah agaknya apa yang selalu dihadapi oleh kebanyakan isteri, ibu yang memasak setiap hari bila mereka kekeringan idea apa lauk pauk yang hendak dimasak dan dihidangkan. Saya yang jarang jarang ke dapur pun, hahaha selalu kekeringan idea. Hmmm macam lah saya ni dah memasak pelbagai masakan pulak ya. Bukan apa, tapi kerana nak disesuaikan dengan bahan mentah yang ada dalam peti ais kita lah. Kalau macam saya ni, nampak ikan jer, pasti yang terlintas di kepala ialah masak lemak cili padi atau goreng dengan garam kunyit jer. Tapi kalau selalu sangat pun, nanti boring pulak hubby dan anak anak.

Dalam usaha nak mempelbagai tu lah yang kita jenguk dapur kawan kawan. Walaupun saya biasa membuat lauk masak kicap tapi cara memasak antara seorang dengan seorang yang lain mungkin berbeza. Jadi saya menyalin resepi orang lain pulak untuk dicuba dan dihidangkan pada famili. Sama juga dengan resepi ini, saya lihat bahan yang digunakan adalah sedikit berbeza dengan bahan yang biasa saya gunakan. 



Saya menggunakan ikan bawal putih yang memang terkenal di kalangan orang orang Cina. Itu sebab harganya lebih mahal dari ikan biasa, isinya yang kental terasa seperti isi ketam yang memang sedap dan manis. Ikan ini yang dibeli di Morib telah terus disiang, dipek dalam plastik berasingan dan sebaik tiba di rumah, hanya terus menyimpannya di dalam freezer. Bila ikan segar disimpan di dalam freezer, kesegaran dan kemanisan ikannya masih kekal. Jadi pastikan ikan segar sahaja disimpan di dalam freezer, lebih lebih lagi  jika mahu disimpan untuk jangkamasa lama. 

Jom layan resepi dulu...




Masak Kicap Bijan Ikan Bawal Putih

1 ekor Ikan Bawal Putih
1 biji buah tomato-dibelah 6
1 batang serai- dititik
5 biji cili padi
1 tangkai cili merah
3 ulas bawang putih- dicincang
3 biji bawang merah- dihiris nipis
1/2 biji bawang besar-di hiris nipis
4 sudu besar kicap jalen manis
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
5 sudu besar minyak masak untuk menumis
1/2 cawan air (bancuh dengan 1 sudu kecil tepung jagung)
Daun sup + daun bawang -hiris sebagai hiasan

Cara-cara
Bersihkan ikan, kelar sikit, cuci dan toskan. Sapukan rata sedikit garam dan lumur dengan tepung jagung. Kemudian goreng garing,angkat,toskan dan letak dlm pinggan bersesuaian.




Tinggalkan dalam anggaran 5 sudu besar minyak masak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili padi sehingga naik bau.


Masukkan serai, kicap, sos tomato dan sos tiram. Tambahkan 1/2 cawan air. Masukkan tomato buah, bawang besar dan minyak bijan. Kacau lagi sehingga mendidih


Tutupkan api dan siram ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun bawang dan daun sup. Bolehlah dihidangkan.





1 comment:

  1. Salam k.Azie... saya dah try resepi ini.... sedap! Tq for sharing

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.