Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Thursday, 28 June 2012

Las Vegas Part 4: Dinner di Restoran Halal di Las Vegas






Hari ini saya tak masuk dapur. Dapur tak berasap kerana balik lambat, ada tugasan yang perlu disiapkan. Balik sempat singgah makan sate di Gulam Mee sambil membeli makan malam untuk budak kecil 2 orang kat rumah. Jadi hari ini nak sambung lagi, catatan perjalanan dan percutian kami ke Las Vegas.

Sekembali dari lawatan ke Grand Canyon, sebelah malam nya kami peserta muslim berkumpul untuk makan malam di restoran Pakistan dengan menaiki bas kecil, satu satunya restoran makanan halal di Las Vegas. Sedap masakannya tapi kerana keletihan, kami makan pun macam tak berselera jer. Bermacam lauk yang disediakan seperti ikan talapia, daging, sambal tumis udang, sayur dhal. Semuanya dihidangkan dengan nasi ala ala beriani dan juga minuman Manggo Lassi. Sebenarnya makan tengahari kami di Grand Canyon dah lambat, jadi bila makan masa lapar, dah termakan agak berlebihan. Jadinya bila waktu makan malam tiba, perut masih kekenyangan dan dok terasa lagi ikan bilis Brahim. Itu pun ya juga.















Balik dari makan malam,  minta diturunkan di The Forum Shop, untuk mencari fragrance body mist Victoria Secret yang dipesan oleh Nellisa. Sewaktu menaiki escalator, terpandang handbag Coach berwarna merah yang sangat saya inginkan.






Dalam hati terfikir kalau saya perlu mebelinya sebiji lagi, tapi Alhamdulillah, Nik Faris memberitahu yang kita boleh menukar handbag yang dibeli selagi masih belum digunakan dan mempunyai resit. Nasib baik Miwa, pekerja dari Jepun memudahkan semua urusan pertukaran. Selepas itu, kami ronda ronda di sekitar The Forum Shop yang sangat cantik dengan siling yang dicat seolah kita berada di tempat  terbuka dengan warna langit yang cantik kebiruan. Sofa yang disediakan untuk pengunjung pun amatlah gebu. Kalau kaki dah penat, jumpa jer tempat duduk pun dah kira OK sangat





Sebelum balik hotel, sempat singgah menikmati keindahan fountain show di hadapan The Bellagio Hotel dengan lagu lagu yang sungguh romantis. Alahaai sesuai untuk pasangan yang sentiasa di alam cinta. Romantis giler.






Happy reading...


16 comments:

  1. Salam Azie,
    salam kenal dari akak..

    Terima kasih ye sudi singah dapur akak.
    waaa.. teruja akak singah blog Azie, banyak ilmu dan pengalaman yang menarik..

    nak kena baca satu persatu.. ni

    seronoknya ke Las Vegas, bilalah akak nak dapat sampai ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah seronok saya malam ni kerana menerima kunjungan idola saya. Rasanya saya lagi berumur dari Ita. Terbawa dalam mimpi ni. Saya selalu mengunjungi dapur Ita bila rasa stress. Memang rasa terhibur dapat tengok gambar yg cantik cantik. Seronok baca entri Ita ke Gua Hira'

      Delete
  2. sonok nyer sumer happy je tetibe rase mau terbang je kesana hehehhehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. D5, LV panas di siang hari tapi I suka sebab shopping malls are within walking distance jer. I pun rasa nak pergi lagi wp sebelum tu cakap dg hubby tak mahu ke LV lagi. So happening in LV, kalau rasa nak sewa porsche pun boleh

      Delete
  3. Salam Azie...
    wah wah..ke LV...hebat tu...gue dapat berangan-angan je..hehe..
    terima kasih sudi singgah dapur Rahel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas kunjungan balas. Kagum tengok bakat dan kreativiti Rahel dalam bab deko mendeko. Memang berseni. Nnt nak cuba buat kek pelangi

      Delete
  4. Asalamualaikum Azie,
    returning ur visit diseripayaku n salam kenal dari kak rose jugak. tq sudi singgah kat dapur kak rose tu ya.

    seronoknya dapat ke LV tu... entah bila la kak rose ni dapat kesana... gamaknya dalam mimpi je kot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun amat gembira menerima kunjungan balas Kak Rose. Memang LV sangat sangat happening. Kalau ada rezeki, umur panjang teringin untuk ke sana sekali lagi. Jom kita sama sama ke sana.

      Delete
  5. Asslm kak Azie...alahai best nye g LV...len kali ajak sy ye kak...nak ikuttt... hihi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fnf, jom buat rombongan cik kiah ke LV. Best sangat2

      Delete
  6. Salam kenal dan kunjung balas kak azie ^^
    tq dtg jenguk2 dapur tun.. seronoknya jalan2 ke las vegas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dg kunjungan balas. Blog Tun pun menarik dan banyak resepi di dalamnya. Lama juga saya singgah malam tadi.

      Delete
  7. Salam sis. best dpt baca pengalaman sis di LV dg hidangan beriani yg sedap itu....
    cantik view malam kat sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear, dapat makan nasi beriani di LV tu dah kira mewah, bukan senang nak dapat makanan yg femes tempat kita. LV spt syurga dunia di malam hari

      Delete
  8. Slm kenalan kak...thanks sudi dpr asz juga....best sgt pngalaman ke LV tue kak...:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear As, terima kasih atas kunjungan balas. Memang pengalaman di LV sangat best. Saya peminat Mazuin Hamzah. Dulu masa Mazuin masih berkahwin dengan Pengiran Sufri dari Brunei, mereka selalu ke LV terutama utk menyambut tahun baru. Kini bila saya sendiri menjejak kaki di sana, barulah saya tahu betapa happeningnya LV. Casino is legal in LV.

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.