Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Tuesday, 5 June 2012

Ikan Jenahak Masak Tiga Rasa





Hari ini semasa balik dari pejabat, hubby meminta saya memasak kerana katanya sementara Boy masih ada di rumah. Bila ditanya apa lauk yang nak dimasak, Juita yang kebetulan ada bersama meminta Lauk Ikan Tiga Rasa. Saya sebenarnya tak pernah lagi memasak lauk ini. Kenapa dipanggil 3 Rasa? Sebabnya lauk ni ada rasa pedas, masam dan manis, jadi lah 3 rasa. Kalau nak jadikan 4 rasa, tambah garam lebih lebih, biar ada rasa masin pulak. hahaha.

Saya asalnya bercadang untuk goreng ikan Kerisi dengan Cili Padi sahaja. Lebih mudah dan ringkas. Saya pun boleh agak agak jer resepinya dan campak campak jer apa yang dirasakan perlu. Saya kemudian menghantar bbm pada Aween mengharapkan Aween menyebut lauk yang lain. Tapi sangkaan saya silap kerana Aween menjawab bbm dengan menyebut Ikan Tiga Rasa dan Ayam Masak Lemak. 




Oleh kerana dah 2 orang menyebut Ikan Tiga Rasa, saya terpaksalah beralah. Saya mula menanyakan Encik Google resepinya dan meminta hubby singgah di kedai runcit untuk mencari bahan bahan yang diperlukan. Dalam mencari cari, terjumpa resepi dari blog Dari Dapur Azita Zain. Saya pun terus menyalin dalam ipad dan menyediakan bahan berpandukan resepi yang disalin. Tapi saya ubahsuai sedikit dengan menambah sos ikan dan bahan bahan hiasan sendiri.

Di samping Ikan Tiga Rasa, saya juga membuat Masak Lemak Sayur Kailan Dengan Udang, resepi yang saya belajar dengan Kak Limah sejak mula bekerja 25 tahun yang lalu. Nanti boleh lihat di SINI. Saya terpaksa mengenepikan permintaan Aween untuk Masak Lemak Ayam kerana di rumah pun tak ada stok ayam. Malas nak beli ayam sebab peti sejuk penuh dengan ikan yang dibeli di Morib baru baru ini. Nak kena habiskan separuh dari stok ikan dulu sebelum menambah dengan ayam atau daging.



Ikan Jenahak Masak Tiga Rasa
Sumber: buku Senangnya Memasak Ikan Bersama Chef Hanieliza.

Bahan A :
4 keping ikan Jenahak
1 sudu besar tepung jagung (untuk menyalut ikan)

Bahan hiris B (Untuk Tumis):
3 ulas bawang merah 
1 labu bawang besar 
2 ulas bawang putih 
3cm halia 

Bahan C (Untuk Sos) :
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar air
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula pasir

Bahan D (Sebagai Hiasan) :
1 pokok daun bawang
1/2 batang karot
1/2 biji timun
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 biji tomato - belah 6
Nenas - potong kecil

Cara-cara:
Goreng ikan yang telah dilumurkan dengan tepung jagung dengan minyak yang banyak hingga garing. Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.

Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis bahan2 yang telah dihiris hingga kekuning kuningan.

Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih. Kacau rata. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.

Curahkan kuah ke atas ikan dalam pinggan hidangan tadi.



   

5 comments:

  1. Aduhai akak...Bestnya..Mesti tambah nasi ni kalau saya makan ..eheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. LP, saya terpaksa menahan selera melihat hubby dan anak anak makan malam tadi sebab dah janji tak mahu lagi makan malam. Tapi anak anak memuji katanya sedap sekali

      Delete
  2. slm. kak, lau xsalut ikan tu ngan tepung jagung bleh x?

    ReplyDelete
  3. emm..tengok pon dah terliur..dah lame dah tak buat ikan masak 3 rasa ni . .

    ReplyDelete
  4. ermm..sedapnya..boleh la buat masak nak buka puasa ari ni...tgh cari resepi nih..ikan da beli..

    WAHM in d making

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.