Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Sunday, 24 June 2012

Ikan Jenahak Goreng Cili Padi





Selain Kari Ayam, Masak Lemak Petola, saya juga memasak Ikan Jenahak Cili Padi menjadikan kombinasi yang sangat sesuai, ditambah pulak dengan sambal yang saya beli dari gerai Kelantan. Huuu sedap sangat makan hari ini. Teringat masa makan kat kampung, tapi tak ada lah resepi ikan ni. Kalau dulu, hanya ikan goreng garam dan kunyit jer. 

Penat lah nak cerita panjang panjang sebab saya memasak tadi pun dalam keadaan terkejar kejar juga sebab team majalah DARA ada shooting di rumah. Nasib baik hubby melayan mereka sementara saya memasak di dapur. Sebab terkocoh kocoh, tengok ambil gambar sampai tak nampak ada ikan di bawahnya. Gasak lah.

Jom tengok resepi dulu...



Ikan Jenahak Goreng Cili Padi

4 keping ikan jenahak
30 biji cili padi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci belacan
Garam
2 sudu besar gula
Serbuk perasa

Ikan dilumur garam dan kunyit dan digoreng. Angkat dan ketepikan.


Kisar semua bahan di atas. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih.



3 comments:

  1. wow. cw suka ikan goreng macam ni...isi dia sedap kan. akak ada shoot lagi ye? bertuah betul kak.. ;)) beli majalah DARA plak la lepas ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CW, memang sedap makan ikan ni digandingkan dengan kari dan sambal belacan. Tak menoleh kiri kanan lagi dah. Ada photography fesyen dengan majalah DARA. Ada yg nak buat photoshoot makanan juga dan minta I masak. Tapi I tak mahulah kalau memasak khas utk itu, melibatkan masa dan kos. Bukan depa bayar apa apa pun utk menampung kos.

      Delete
  2. a aa mmg sedap resepi ni..dah cuba buat semalam..suami pon suka heeeee:) erm ada x resepi goreng mee@kuewtiow bg lmbap2 je..x kering.sebelom ni pnh wat tp hubby kureng berkenan hehe sebb dy ckp kering..mnta resepi kalau ade.almklumla baru berumahtangga kn byk beljar memasak.klu x sebelom ni makan kt kdai jer..

    klu ada share ekk thanks.....

    ~~salyyna

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.