Tertarik apa yang ditulis oleh Izah sebagai apam yang paling gebu dan moist menyebabkan saya teruja ingin mencubanya sendiri. Malahan boleh dikatakan semua yang dah mencuba resepi ini memberi maklum balas yang sama.
Saya mengadun bahan bahannya pagi pagi lagi dan perapkan terlebih dahulu sebelum dikukus untuk hidangan petang. Selebihnya disimpan di dalam bekas tertutup di dalam peti ais untuk dihidangkan pada tetamu dari majalah DARA esok. Kena kukus balik sekejap. Lagipun memang nak test betul ke apam ni masih gebu selepas disimpan lama dan dikukus semula seperti komen komen yang diberi.
Memang sedap, lembut dan gebu sekali apam ini. Penggunaan eno membantu apam menjadi lebih gebu. Kalau nak tahu macam mana gebu nyer tu, cubalah sendiri. Bahannya ringkas dan penyediaan sangat mudah. Cuma resepi yang diberi, tidak ditulis yang acuan mesti disapu minyak, apalagi budak baru belajar macam saya ni, main langgar jer. Habis satu pengukus masuk mulut sendiri, bila kejadian selepas dikeluarkan dari acuan penyet. Jom layan resepi dulu...
Apam Tepung Beras
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
1 paket kecil eno - tanpa perisa
Pewarna - merah dan hijau
Caranya:
Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam atau semalaman.
Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan. Masukkan pewarna yang disukai dan biar sebentar.
Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil yang telah disapu sedikit minyak. Isikan hanya 1/2 penuh sahaja. Kukus selama 15 minit dengan api kuat.
Boleh di makan dengan kelapa parut yang digaul dengan garam dan dikukus sebentar, jika suka.
Thanks Azie bg resepi nie hehehheheh lama tunggu best arrrrr sedap sungguh nampak nyer gebusssss arrgghhhh telan ayaq liur je lah D% nie ekkeke..
ReplyDeleteD5, memang gebu. Mudah sangat nak membuatnya pun. Jom buat dan tayang dalam blog D5 pulak.
DeleteHehhehe nnt D5 buat tgh nk kumpul semangat yg hilang nih ekkekeke..Lg pun d5 lom ade bekas nk buat apam nie muahhahhahhah tp xpe nnt nk beli dah buat nnt D5 masukkan k..Thanks..
DeleteOK, shall wait for the gorjes apam from D5, yeaaay
Deletecantiknya kejadian apam ni,ada lubang2 tu confem gebu ni Zie kan,akak pun sangat suka apam,kalau ada apam pasti cepat jeee habis,insyaallah boleh try pakai eno pulak sbb biasanya guna yis saja,mesti ada kelainan sikit
ReplyDeleteKak Noor, mrmg gebu. Masuk mulut satu persatu, tak sedar habis sepinggan besar. Bila guna eno, apam bertambah gebu...
Deletewah kak kalerful apam beras tu..elok sgt kejadiannye...
ReplyDeleteQH, yang warna hijau melekat kat acuan sebab tak sapu minyak pada acuan. Kalau tidak, lagi meriah ala ala apam dot dot punya warna
DeleteTerkedu dibuatnya!!
ReplyDeleteRozie, salam dulu, salam dulu sebab first time bersalam dg Rozi di blog ni.
DeleteSalam kenal juga kak Azie..mengancam warna merah apam akak,Iza belum pernah buat lagi apam beras macam ni,nanti boleh try la...
ReplyDeleteSalam kenal untuk Iza juga. Apam ni memang gebu dan sedap dimakan begitu sahaja. Puashati sangat dengan hasilnya
DeleteOooop lupa lak,Iza nak minta izin ambil resepi soto ayam akak,dah lama cari resepi yg sesuai ngan citarada iza..ni dah jumpa...
ReplyDeleteIza, ambik jer. Semua yang dikongsi di sini memang utk dikongsipun. Apalah yang ada pada ilmu, jika tidak dikongsi dan dimanfaat...
DeleteSalam Sis.mmg nampak gebus apam tu...warnapun ceria...sedap kalau mkn dg kelapa. sy belum pernah buat apam letak eno.
ReplyDeletere; tq wish bday. itulah dok Cairo...mkn Msia tetap jadi pilihan.
selamat berhujung minggu buat sis Azie sekeluarga...
Mamasya, saya suka makan apam ni kosong jer sebab rasanya lembut sangat. Sambil mengunyah kita nikmati kelembutannya. Kalau apam biasa, sedap dicicah kelapa parut.
DeleteItulah seronok tengok pelbagai makanan di masak oleh Mamasya. Bangga tengok orang muda muda dah pandai masak pelbagai makanan termasuk makanan tradisional. Jadi tak ada lah miss makanan kita walau di mana berada.
Salam Kak Azie,
ReplyDeletecantik kejadian apam tu... colour purple tu ada satu je ke.... gebusssssss..
Wslm Ogyep, yang sebenarnya buat 3 warna dan guna acuan lompang tapi tak letak minyak kat acuan tu. Habis melekat kat acuan. kejadian tu hanya sesuai utk dimakan sendiri jer. Yang tinggal warna purple hanya 2 biji, yang hijau langsung tak ada.
DeleteAssalam azie nak tanya nie...bahan2 nya semua nak kena blend ke atau masuk dlm mixer yg buat kek tu..dan lagi satu nie resepi bole dpt berapa bijik....terima kasih info...mohon kongsi
ReplyDeleteBlend. Ada ditulis dlm cara cara membuatnya. Saya pun tak ingat berapa biji yg terhasil.ianya bergantung kpd jenis acuan yg kita gunakan.
Delete