Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Wonders of Tembok Besar China


Salam untuk semua sahabat dan pengikut setia blog Azie Kitchen. Saya terpanggil untuk menulis berkenaan catatan perjalanan ke 7 keajaiban dunia yang telah saya lawati setakat ini. Setiap kali mengunjungi tempat tempat begini, saya begitu teruja dan mengagumi betapa gigih dan hebat usaha dan kreativiti manusia manusia di zaman tersebut yang berjaya membina dengan keadaan serba kekurangan. Kadang kadang tak mampu berfikir dengan logik akal bagaimana mereka melakukannya. Begitu juga keajaiban alam semula jadi yang dicipta Illahi.  

Setakat ini saya telah mengunjungi 3 dari 7 keajaiban dunia. Nak tahu apa tempat nya, kenalah tunggu ya.  Hari ini sebagai catatan pertama saya ingin memulakan dengan Tembok Besar Negara China. 

Wonders of Tembok Besar China
 
Wonders of Tembok Besar China
  
Sebaik mata mula terpandang Tembok Besar, hati mula berkata Ya Allah, bagaimana lah manusia di zaman itu dengan gigihnya membina tembok ini. Bagaimana mereka dijadikan seperti hamba abdi untuk menyiapkan tembok besar tersebut. Saya menjadi sebak dan terharu. Bukan mudah untuk membawa bahan bahan binaan naik ke atas bukit yang bukannya rendah.

Kami mengunjungi Tembok Besar pada 1-5 Jun 2004. Melihat kembali gambar gambar yang diambil menjadikan saya sangat sedih kerana detik detik percutian bersama amat susah untuk diaturkan sekarang bila anak anak mempunyai komitmen masing masing sehingga kan sudah bertahun lamanya tiada percutian yang disertai semua anak anak.  Percutian keluarga adalah detik detik yang sangat mengembirakan dalam hidup saya.



Sepanjang di sana kami mempunyai tour guide China yang fasih berbahasa Melayu Indonesia, jadi tiada masalah langsung untuk semua yang menyertai percutian untuk memahami sejarah dan cerita cerita berkenaan Tembok Besar ini.

Pada mulanya saya agak ragu ragu jika saya mampu mendaki Tembok Besar ini yang memang agak tinggi dan langkah langkah menaiki tangga yang agak banyak dan memenatkan tetapi sokongan yang diberi oleh tour guide, akhirnya saya berjaya sampai ke bahagian atas. Tapi jika perlu mengulanginya sekali lagi, pasti jawapannya sudah diketahui. hahaha minta ampun, usia pun sudah meningkat. Mencari alasan lah nih.





Semasa turun saya dan anak anak decide untuk menuruni menggunakan  sejenis kenderaan yang menggolongsor turun. Walaupun agak takut pada mulanya, lama lama terasalah pulak keseronokan seperti anak anak yang menuruni papan gelongsor gitu.


Saya mengambil dari wikipedia berkenaan catatan tembok besar seperti di bawah ya untuk panduan pembaca semua. Maklumlah kalau nak ditulis semula takut silap faktanya sebab dah lama percutian kami ini.

Tembok besar pertama telah dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Pertama Dinasti Qin. Tembok Besar telah dibina dengan menggabungkan beberapa tembok sedia ada yang dibina pada Zaman Negara-Negara Berperang. Tembok Besar asal ini terletak lebih utara dari Tembok Besar yang masih wujud hari ini, dan hujung timurnya sampai di Korea Utara hari ini. Tetapi sebahagian besar tembok besar pertama ini sudah binasa.

Kerajaan telah mengarahkan para petani membina tembok ini, dan ramai yang mati ketika membinanya. Oleh itu, ia juga digelar 'kubur terpanjang di Bumi'.

Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara.

Tembok Besar Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu Shanghai, dekat Qinhuangdao di Wilayah Hebei. Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian baratnya hari ini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu, pada hujung Jalan Sutera.

  
Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Wonders of Tembok Besar China"