Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Santai santai di Champs-Elysees



Sambungan sedikit lagi catatan perjalanan di Paris, di mana hari ke4, adalah  merupakan hari acara bebas. Dari hotel kami menaiki train menuju ke Champs-Elysees yang memang ditunggu tunggu sejak menjejakkan kaki di Paris. Sebut saja Champs-Elysees, muncul dalam bayangan kita adalah butik Louis Vuitton. 

Detik yang ditunggu dah tiba, akhirnya kami menjejakkan kan ke butik LV dan menghabiskan masa dengan relaxnya siap dihidangkan dengan tea lagi. Oleh kerana saya telah pun membeli handbag LV untuk sendiri dan anak anak di Gallerie La Fayette, saya tak ada lah cadangan untuk membeli lagi di sini. 

Hanya untuk tengok tengok sahaja. Tapi kalau perempuan tu perempuan juga lah, mesti nak lebih. Akhirnya berlaku kejadian saya membeli zippy purse dan hubby pula menghadiahkan Speedy epi leather untuk harijadi saya. Wah balik dengan seronok sekali.  Senyum sampai ke telinga.


Kami makan tengahari di cafe sepanjang jalan di Champs-Elysees saja saja untuk menikmati lifestyle orang Paris yang memang gemar makan makan di restoran atau cafe terbuka. 

Malahan biasa kita dengar "dine like a Parisian" kerana mereka amat mementing table ethiquette. Orang orang Paris memang terkenal dengan dressing yang very stylish. Saya order pizza dan juga spaghetti. Hmm sedap sungguh pasta mereka.





Selepas makan, pusing pusing lagi, masuk dari satu butik ke satu butik. Harganya memang murah berbanding dengan tempat kita. 

Sebelum balik ke hotel, singgah ronda ronda dulu di kedai kedai di hotel, saja ingin melihat lihat macaroon yang Nana pesan suruh kami beli dan rasainya serta lain lain kuih muih di sana. Terpesona melihat aneka warna buah buahan dan sayur sayuran dijual di supermarket.



Sebelah malam, kami keluar lagi untuk ke Hard Rock CafĂ© bagi membeli T Shirt sebagai cenderahati dan kenang kenangan. heee bawa handbag baru ...  



Hari terakhir di Paris, selepas sarapan, kami bersiap siap untuk menuju ke destinasi seterusnya. Yeaay London.  Oleh kerana beg dah beranak pinak, hubby dah mengecek dengan pekerja hotel untuk kami meninggalkan sebahagian dari bagasi di hotel. Alhamdulillah, mereka membenarkan. Yeaay dapat datang lagi ke Hotel Concorde La Fayatte.
Sedih untuk meninggalkan kota cinta. Itu jer yang boleh saya katakan. Namun kesedihan itu adalah sementara kerana Kota London, bandaraya yang saya impikan sejak kecil sedang menunggu... Klik di SINI untuk melihat catatan perjalanan ke London. Yeaah..

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Santai santai di Champs-Elysees"