Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

17 Mei 2012

London Part 5: Bye Bye London and Paris


 


Selamat bertemu kembali di dalam entri catatan perjalanan Azie. Ini adalah catatan terakhir perjalanan saya ke London. Selepas ini, saya akan memulakan catatan percutian saya ke San Francisco dan Las Vegas pula.

Hari terakhir di London, pagi pagi lagi saya dan hubby sudah bersiap siap untuk acara lawatan dan menikmati keindahan dan tempat tempat menarik di Kota London. Dengan berpandukan map, kami menaiki train. Memang pengangkutan awam di UK sangat user friendly...

Mula mula kami ke London Bridge, iaitu bridge merintangi the River Thames yang menghubungkan bandar London dan Southwark di central London. Pagi yang tenang dan belum sibuk lagi. Namun kesejukan yang menusuk sehingga ke tulang terasa apabila angin bertiup menyapa kami berdua. Ceewaah berbahasa bunga bunga pulak..






Selepas puas berjalan jalan dan mengambil gambar, kami menuju pula ke The Eye of London dan kawasan sekitarnya dengan menaiki underground dan turun di Westminster Underground station. Di sini kami hanya berposing berlatarbelakangkan The eye of London dan Big Ben. Hari pulak mendung dan hujan renyai renyai. Gambar yang diambil pun tak berapa cantik kejadiannya.




Selepas itu kami melintas jalan dan menuju pula ke Westminster Abbey, salah satu tempat yang mesti di lawati oleh ramai pengunjung ke UK. Hanya kami berdua, jadi gilir gilir jer ambil gambar. hahaha tu yang semua gambar solo jer.




Dari situ, kami menyusuri pulak Trafalgar Square sebelum singgah di Oxford Street lagi mencari beg tambahan kerana bag yang ada tak dapat memuatkan barang barang yang dibeli. Yang sebenarnya sedih nak meninggalkan Oxford Street. hehehe sempat lagi masuk ke Marks and Spencer buat last minute shopping untuk coklat dan biskut untuk anak anak.




Hajat hati untuk ke Buckingham Palace terpaksa dilupakan kerana saya memang dah tak mampu untuk berjalan jauh lagi di saat itu. Apalagi nak ke Hyde Park London, lupakan lah. Saya mengalami kecederaan paha semasa bercuti di Shanghai lagi dan kesakitan itu berterusan sehingga percutian ke Paris. Tak apa, London pasti akan menjadi destinasi percutian setelah segala komitmen lain selesai sepenuhnya... hati berkata kata begitu. 



Balik ke rumah penginapan, terus membuat packing dan berlepas ke St Pancrass untuk menuju ke Gare De Nord. Aduhai, bayangkan lah kesusahan menaiki train yang kena naik tangga turun tangga dengan bag yang berbondong bondong tu. Serik, lain kali tak mau lagi shopping giler giler, lepas tu susah nak bawa balik.

Dari station GDN, kami menaiki bas ke Hotel Concorde La Fayette untuk mengambil bagasi yang ditinggalkan. Dalam bas malam tu, hanya kami berdua. Mula mula nak ambil teksi, tapi susah sangat nak mendapatkan teksi.




Sedih bila melihat lobi hotel tempat kami berkumpul dan bersembang selama beberapa hari di sana. Hubby mengambil limosin untuk memuatkan bag bag kami yang beranak pinak walaupun ada perkhidmatan bas yang ke airport.  



Pada mulanya, ingat nak cari mana mana hotel yang berdekatan dengan GDN untuk bermalam dan pagi pagi bertolak ke airport. Tapi kami menukar fikiran, takutlah tertidur dan lambat ke airport kerana banyak claim VAT pembelian yang perlu dibuat di airport. Rugi kalau tak sempat kerana beribu ribu lemon juga tu...

Alhamdulillah, keputusan kami untuk bermalam di airport adalah tepat kerana proses membuat claim VAT dari mula kaunter dibuka dan kemudian proceed dengan check in yang lama kerana excessed baggage, selesai hampir dengan waktu boarding. Ngam ngam sahaja.

Paris ditinggalkan dengan pengalaman yang tidak mungkin dilupakan apabila barang barang kami terlebih bagasi, kalau dikira hampir RM5 ribu juga kalau mahu dibayar kos lebihan.  Jadi rasa sayang sangat, saya dan hubby mula mengeluarkan barang barang yang tidak perlu seperti kotak kotak handbag LV, ubat ubatan yang kami bawa dari Malaysia dan semuanya dibuang sahaja. Bersepah sepah di airport dengan barangan kami. Kat sana, sangat strict sehingga bag yang dibawa ke dalam kapal terbang juga tidak boleh melebihi berat tertentu.

Saya berdoa tanpa henti meminta pertolongan Allah. Akhirnya dengan pertolongan Allah, seorang hamba Allah telah muncul dan sudi untuk membawa bagasi kami. Alhamdulillah dan syukur pada Mu ya Allah.  Thank you so much, Sophie. Hope to meet you again in Paris. Perjalanan ke Paris dan London mengajar erti cinta dan persahabatan sebenarnya....





4 ulasan:

  1. salam Azie, mesti sampai skrg masih lagi teringat2 kan masa kt UK dan Paris mesti tahan kaki je berjalan naik turun tube,train kdg2 sampai lenguh kaki haha apa nak buat shopping punya pasai kan sama jugak akak beg tu dah beranak pinak jadinya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang berjalan jer kerjanya. Tapi di UK free and easy, jadi lebih relax. Rasa penat, berhenti. Rasa nak balik, balik jer. Semua bebas. Itulah kita kalau dah berumur, rasanya dah tak sesuai ikut pakej yang jadualnya telah ditetapkan.

      Padam
  2. bestkan jalan ke London...saya pergi masa hujan nak jalan kena berpayung jer masa tu:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang London best. Untuk shopping atau untuk saja saja makan angin jer. Masa saya ke sana pun, asyik hujan. Memang London lembab sikit, sentiasa hujan yang tidak menentu. Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di sini

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.