Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

15 Mei 2012

London Part 3: Menyusuri Oxford Street






Sementara dapur Azie belum sepenuhnya beroperasi, tiada lagi cerita cerita pasal masakan dan makanan. Jadi saya nak sambung cerita dan catatan perjalanan ke London yang sebenarnya ditulis secara berperingkat peringkat. Jom sambung...

Hari ke3, kami ke Oxford Street lagi. Hari ini kami tak mengambil train tapi sebaliknya menaiki bas pulak. Haa naik bas 2 tingkat yang dulu dulu famous lah sebab tempat kita tak ada bas 2 tingkat, jadi jakun sekejap kerana kami berposing sakan dalam bas tu. Apalah agaknya Mat Saleh tu fikirkan bila melihat kita orang ya. Tapi biasalah kan, depa pun kalau datang tempat kita, sakan berposingnya. Itukan semua sebagai kenang kenangan...

Menyusuri jalan jalan dari Denzil Road ke Oxford Street, kami melalui banyak kawasan perumahan dan pekan pekan kecil yang sangat cantik, bersih dan teratur sekali. Kalau naik train, pemandangan begini memang tak dapat dilihat lah. Saya memang mengagumi keindahan pekan pekan kecil di sana yang sangat cantik dan seindah gambaran di poskad. Ini adalah antara gambar gambar yang sempat dirakamkan.





Hajat hari ini adalah untuk ke Harrods, gedung terkemuka milik keluarga Al Fayed.  Menyusuri Harrods dari satu tingkat ke satu tingkat, sangat lah besar. Sangat lah cantik tersusun, sangat lah wangi. Saya membeli biskut, coklat dan juga pewangi yang dipesan oleh my sister di sini. Memang sangat teruja melihat bilik air di Harrods yang mengalahkan hotel 5 bintang rasanya.
Kalau dah ke Harrods, mana sah kalau tak mencari dan bergambar dengan tempat peringatan yang disediakan khas untuk Princess Diana dan Dodi Al Fayed. Ada 2 tempat peringatan di dalam gedung Harrods yang disediakan untuk mereka berdua. 



Dari situ, kami bergerak ke kedai kedai lain sepanjang Oxford Street dan akhirnya kami ke Primarks kerana berjanji untuk berjumpa dengan sahabat saya, Halimah di situ. Dengan keadaan yang hujan renyai renyai dan tangan yang penuh dengan beg beg plastik, Halimah membawa saya berjalan mencari kasut untuk my hubby. 




Tapi lupa pulak brandnya. Kata Halimah, ramai dato dan datin kalau datang shopping di London, mesti beli brand ini yang tidak terdapat di Malaysia tapi telah lama wujud dan sangat terkenal di London. Kalau tak silap harganya dalam UK180.  Kata Halimah kalau dibeli semasa sales, harganya boleh diturunkan sehingga separuh harga atau lebih lagi. Tapi tak apalah sebagai kenangan ke sini, saya membeli juga sepasang kasut sebagai hadiah pada my hubby.  




Oleh kerana dah tak larat membimbit beg beg belanja yang banyak di kiri kanan, kami meminta diri untuk balik dahulu.  Memang tak selesa untuk bergerak pun kalau dah keadaan macam tu kan.  Nak shopping pun dah tak ada mood. Ya la setiap kali masuk kedai, Halimah kena menunggu beg beg kami. Dari situ, kami minta diri dan terus ke stesyen berdekatan untuk balik ke tempat penginapan...



2 ulasan:

  1. best nya Zie shopping sakan ni,teringat masa gi harrods mcam2 teringin,makanan nya sedap2 kat tingkat bawah tu antara yg tak boleh tinggal mesti kak noor beli baklava nya yg enak tu..

    BalasPadam
  2. Memang best kan, Kak Noor. baklava tu apa ya? Hehehe tak pernah dengar pulak.

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.