Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

1 Mei 2012

Kerang Masak Pedas



Sebenarnya saya pun tak tahu apa yang nak dinamakan resepi ini kerana ianya memang main campak campak jer. Bahan bahan pun guna apa yang tersedia dalam peti ais jer. Tapi makanan laut macam kerang, udang atau sotong sedap dimasak simple simple macam ni jer dari berkuah dan berempah bagai. Bukan apa, hilang kemanisan makanan laut jadinya. Itu sebab biasanya dibakar atau stim untuk mengekalkan rasanya.


 
Sebenarnya saya memasak kerang ini untuk menghabiskan kerang yang dibeli di Pasar Taman Tun semalam. Jadi saya masuk jugalah ke dapur walaupun banyak urusan yang belum diselesaikan. Lepas ni nak ke Ariani lagi menukar tudung yang dibeli baru ni, nak ke money changer lagi untuk tukar duit yang nak dibawa, nak ke Subang Parade ambil Aween yang keluar tengok wayang dengan kawan kawan dia dari pagi tadi. Itu belum lagi membuat packing baju baju yang nak dibawa.

Tengah tengah saya memasak, Zatul, adik ipar saya dan famili tiba tiba muncul. Aduhai masa tu, saya tengah berpeluh peluh macam baru lepas exercise lagaknya. Panas betul hari ni, lagi rasa tak sabar nak ke San Francisco kerana berada di sana seperti berada dalam air cond. Tapi dalam keterujaan itu, saya sedih juga kerana meninggalkan anak anak. Insya Allah, ada rezeki kami akan bawa satu keluarga bercuti di Europe kerana itu antara tempat yang anak anak kami belum lagi sampai selain membawa mereka mengerjakan umrah. Insya Allah...

Walaupun sempoi, jom kita tengok apa bahan yang saya dah campakkan tadi...

Kerang Masak Pedas

Isi kerang
2-3 biji cili merah
4 cili padi
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai - hiris
1/2 bawang besar - hiris
Garam

Semua bahan di atas dikisar. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing. Masukkan serai yang dihiris.

Masukkan isi kerang dan garam. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dimayang.

Bolehlah diangkat dan dihidangkan panas panas dengan nasi putih atau dengan roti gardenia. 


Enjoy....

10 ulasan:

  1. salam kenal Azie.
    Kerang goreng pedas ni mesti sedap kalau makan dgn nasi panas2kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam Norzie, terima kasih atas kunjungan. Makan dengan roti pun sedap.

      Padam
  2. salam Zie ada lagi tak kerang ni waduh sedap tu lagi pedas lagi best biar berasap telinga tu hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Noor, sedap. Betul lagi pedas, lagi kick tapi kesian budak budak tak tahan kepedasan.

      Padam
  3. Salam ziarah Zie, dah lama k.gee tak makan kerang... goreng pedas begini gerentis edap kan, lebih2 lagi makan bersama nasi panas... pergh!! compom 3 pinggan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam dari Taipei, sedap masak kerang goreng kering macam tu. terima kasih kerana menziarah

      Padam
  4. Salam Kak azie..baru je kerang rebus..kali ni kerang masak pedas plak ye.. =) bila nak berangkat kak..semoga dipermudah segala urusan akak =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Petang tadi berangkat. Skrg sedang transit di Taipei International Airport. Wah tadi cuaca sangat buruk, tak henti henti berzikir jer. Alhamdulillah, selamat mendarat sebelum meneruskan perjalanan

      Padam
  5. cik wan ni kalau makan dengan mee hoon tadi pun sedap kan.. hi..hi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap makan dg mee hoon, dg nasi putih atau dengan roti putih

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.