Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

13 Mei 2012

Kacang Panjang Goreng Telur




Semalam semasa menemani hubby dan Aween  ke Taipan USJ untuk mengambil spec RayBan kegilaan dia, juga untuk bersarapan nasi dagang Terengganu di Seksyen 19, juga untuk ke klinik mengambil ubat tidur, juga dan juga untuk menukar duit dollar yang dibawa balik dari US.  Banyak nya juga juga dan juga, jadi saya minta hubby belikan kacang panjang di pasar basah Subang Jaya kerana tiba tiba jer teringin untuk makan kacang panjang goreng dengan telur.


Masakannya sangat ringkas tapi I likeeeee terutama kalau kacang yang jenis tak berbiji besar tu.  Sedap sangat terutama selera kemaruk masakan Malaysia tengah membara nih. Macam bertahun tak jumpa masakan Malaysia. Macam mana nak gi overseas lama lama kalau camni.

Jom layan resepi dulu..


Kacang Panjang Goreng Telur

Kacang panjang - hiris
Udang - buang kulit
3 bawang merah - hiris
2 bawang putih - hiris
1 cili merah - hiris
1 biji telur - pukul sikit
Garam

Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris sehingga wangi dan garing. Masukkan udang dan goreng seketika.

Masukkan kacang panjang dan goreng seketika sehingga agak lembut.

Tuangkan telur yang telah dikocak dengan garpu. dan kacau rata supaya bersalut dengan kacang.


Masukkan cili hidup, bawang besar hiris dan garam secukup rasa. Bolehlah diangkat sebelum kacang terlalu layu. Biar kacang agak rangup sedikit.



Selamat Menjamu Selera my hubby dan anak anak ku...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.