Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Sunday, 22 April 2012

Telur Dadar Mayonis dan Daun Kunyit

 
Saya teringat yang Ira pernah mengajar saya resepi telur goreng dadar yang simple tapi sedap. Dah lama saya tak membuatnya. Jadi kebetulan cukup bahan, saya pun terus menggoreng telur dadar untuk dimakan bersama rendang dan sotong goreng. Ini lah dia bahan bahan yang sangat mudah untuk anak anak yang baru belajar memasak terutama yang sedang berada di perantauan...

Telur Dadar Dengan Mayonis dan Daun Kunyit

2 biji telur
1/2 helai daun kunyit - hiris nipis
1/2 biji bawang besar - hiris
1 cili merah - hiris
1 sb mayonis
Garam

Satukan semua bahan dan kacau sebati.
Panaskan minyak dan goreng sehingga agak garing sebelum diterbalikkan.
Goreng sehingga masak di kedua dua belah.
Angkat dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih panas panas atau pulut kuning.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.