Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Saturday, 14 April 2012

Sup Kepala Ikan Merah


 
Aduish hari ini punya menu, banyak ikan jer ni.  Macam tak kena pulak. Bukan apa, sebabnya banyak permintaan.  Saya cuma nak membuat Kari Mamak Kepala Ikan Merah tapi hubby minta sebahagiannya dimasak sup. Agaknya sebab dah lama kami tak memasak sup kot.

Resepi ini adalah resepi mudah yang saya pelajari dari sahabat saya, Dr Sabariah dari Segamat sejak lama dulu. Cuma kali ini, saya masukkan sedikit perencah sup adabi.  

Bagi yang belum tengok entri sebelum ini, boleh rujuk resepi di bawah. Blog saya ni bukan sekadar blog masakan tapi blog yang memaparkan masakan di sekitar hidup saya, apa yang saya masak, apa yang saya makan, apa yang saya beli dsb. Jadi memang akan ada resepi ulangan jika itu resepi yang menjadi kegemaran keluarga saya. Layannn ...


Sup Kepala Ikan Merah

Kepala ikan
5 bawang merah - hiris
3 bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
Sedikit serbuk perencah sup
Kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
Daun sup
Bawang goreng
Lada hitam - tumbuk kasar
Garam

Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dan bahan bahan yang dihiris sehingga wangi.




Masukkan air secukupnya dan masak sehingga mendidih. Masukkan ikan dan lada hitam yang ditumbuk serta sedikit rempah sup.

Taburkan sedikit daun sup dan garam. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dari dapur.




Siaaappp....



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.