Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

22 Apr 2012

Sotong Goreng Sempoi




 
Hubby balik dari kedai runcit, dibelinya juga beberapa ekor sotong yang kelihatan agak fresh. Saya sebenarnya suka memasak sotong dengan resepi ringkas jer untuk tidak menghilangkan keenakan sotong yang sebenar. Tapi saya tak mahu lah goreng kosong jer. Jadi main campak campak jer. Hmm hasilnya sedap sekali. Jom layan resepi...

Sotong Goreng Sempoi

Sotong - dikelar dan hiris kecil
3 bawang putih - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
1 cili merah - hiris
3 helai daun limau purut
1 batang serai - hiris halus
Kunyit hidup - tumbuk
Garam

Tumbuk kunyit hidup dan garam. Lumurkan pada sotong dan biarkan sebentar.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai sehingga wangi. Masukkan sotong dan masak sehingga air kering. Jika air banyak, boleh dibuang keluar sedikit.



Masukkan minyak masak sedikit lagi supaya sotong bergoreng.

Masukkan bawang besar dan cili merah, kacau rata dan terus tutup api.



Bolehlah dihidangkan panas panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.