Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Sunday, 1 April 2012

Sambal Belacan dan Ulam Ulaman



Haaa ini sambal belacan yang saya buat setelah belajar dari beberapa orang kawan seperti Ziees dan Ita. Saya sebenarnya pernah tengok my hubby punya arwah cousin menyediakan sambal belacan yang sangat sedap. Tapi bila saya membuat sendiri, saya rasa sambal tu tak kick walaupun penampilannya memang dah menjadi. Itu yang kena belajar lagi bagi menghasilkan sambal belacan yang kick.

Ita mencadangkan supaya dimasukkan sedikit budu tapi rumah saya memang tak ada budu walaupun saya orang Kelantan kerana saya bukan menyukai budu. Saya akan makan jika terhidang tapi kalau untuk saya menghidang budu, rasanya tidak lah.

Sambal belacan hari ini saya gandingkan dengan ulam ulaman seperti peria katak, kacang botol dan timun.  Ini lah kali pertama saya membeli peria katak.  Itu pun sebab Razali menghantar mesej bertanya kalau dalam menu saya hari ini ada ulam. Maknanya saya kena sediakan ulaman dan sambal belacan untuk membangkitkan selera tetamu saya.

Sambal Belacan

2 biji cili besar
15 biji cili padi
Sebesar ibu jari belacan
1 sk garam halus
2 biji limau kasturi untuk perahan
Sedikit gula

Boleh nak tumbuk atau masuk dalam blender kering. Tumbuk dulu cili merah dan belacan. Kemudian baru masuk dan tumbuk kasar cili padi supaya sambal kita nampak warna hijau. 


Masukkan garam, air perahan limau dan sedikit gula.
Akhir sekali, hiriskan nipis nipis kulit limau kasturi dan masukkan dalam sambal.



 

Siap untuk dihidangkan dengan ulam ulaman.



Nota
Untuk nak tambahkan lagi sedapnya masukkan budu sikit

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.