Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Puding Balqis


Puding Balqis

Saya membuat Puding Balqis ini memang tanpa di rancang. Oleh kerana hubby menjemput kawannya Encik Fuzi untuk makan tengahari di rumah, saya memikirkan apa puding yang akan di bawa ke Shah Alam petang nanti jika puding yang ada dihidangkan sebagai pencuci mulut untuk hidangan tengahari ini.  

Saya terus membelek resepi mencari resepi puding yang mudah dan yang penting bahan bahan yang diperlukan tersedia di rumah kami. Maka itu, Puding Balqis yang cantik sekali di blog Ummi menjadi pilihan.  Tetapi saya tak sempat untuk menghias cantik cantik kerana saya menyediakan puding agak last minute. Jom layan resepi dulu.... 



PUDING BALQIS
sumber : Ummi

Bahan:-
1 paket agar agar serbuk (10gm)
450 ml air
150 ml susu cair
2 biji telur gred A
5 sudu besar gula pasir
3 sudu besar butter
1 sudu kecil vanila extract
Pewarna mengikut citarasa masing masing

Cara-cara:-
Masakkan serbuk agar agar dgn air dan gula hingga mendidih dan masukkan butter dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.

Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15 - 20 minit) sehingga agar agar menjadi suam suam panas.

Pukul telur hingga betul betul kembang (buang tali pusat telur utk menghilangkan bau hanyir telur) dan masukkan adunan agar agar ke dalam bekas berisi telur tadi dengan perlahan lahan. Kacau hingga sebati.

Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. Kacau hingga serata warna adunan puding tadi.

Sendukkan adunan puding ke dalam bekas atau loyang secara selang seli hingga habis. Untuk meletakkan lapisan yg kedua tu pastikan diletak perlahan-lahan di bahagian tepi dan jgn dibahagian tengah supaya ia tak terus masuk dalam lapisan yg pertama. Boleh juga dituangkan atas sudu supaya ianya jatuh dengan perlahan lahan.

Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan.


Puding Balqis

Puding Balqis

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

1 ulasan for "Puding Balqis"

  1. Telurnya pukul sampai kembang mcm telur dadar je atau pekat mcm nk buat kek span??

    BalasPadam