Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

26 Apr 2012

Pasta in Creamy Mushroom Sauce



Saya memang dah lama tak memasak, cuma membuat kek sahaja. Balik kerja pun dah agak lewat, badan pulak penat. Tapi hari ini saya dah tersebut ingin membuat spaghetti untuk menghabiskan heavy cream yang ada. Tapi bila saya berubah fikiran untuk membuat cheesecake, hubby pulak meminta saya memasak juga spaghetti. Jadi saya memasak kedua duanya sekali, spaghetti dan juga cheesecake. 

Resepi Pasta in Creamy Mushroom Sauce ini saya ambil dari satu blog masakan omputih dan diubahsuai cara saya. Nasib baik tak letak cili padi tadi. Bukan apa, teringat Kak Ana dengan Rin yang memberitahu mereka kalau masak atau makan spaghetti mesti ada unsur kemelayuan dengan mencampakkan sekali cili padi. Hahahaha tapi bila diingatkan orang rumah ni semua tak suka makan pedas, apa lagi cili padi, terus hajat tak diteruskan. Bahan bahannya pun saya dah tak ikut, main campak campak jer.

Lepas masak, masuk dalam pinggan, snap gambar ala kadar dan terus makan. Kalau orang lain dapat ambik gambar masakan di siang hari dengan dihias cantik, saya pulak hanya bertemankan cahaya lampu dan menggunakan hidangan yang lepas snap gambar terus dimakan. Upload dan update pulak dilakukan di waktu malam selepas siap semua urusan dan naik ke tingkat atas. Hmm teringin juga nak ambil gambar cantik cantik macam blog blog lain tapi apa daya. Jom layan resepi dulu...


Pasta in Creamy Mushroom Sauce

1 pek spaghetti - rebus ikut aturan di bungkusan & tos
1 dada ayam - hiris nipis
1 pek white mushroom - hiris nipis
5 ulas bawang putih - cincang
1 red capsicum - potong kecil
3/4 cawan heavy cream
Serbuk lada hitam
Garam
2 sb butter

Cara cara:
Rebus spaghetti mengikut aturan di bungkusan. Angkat dan toskan. 

 
Panaskan kuali, masukkan butter sehingga cair. Masukkan hirisan dada ayam dan biarkan masak. Masukkan mushroom dan bawang putih. Kacau rata



Tuangkan heavy cream, capsicum, serbuk lada hitam dan garam.



Akhir sekali, masukkan spaghetti yang telah ditos. Kacau rata dan sesuaikan rasa.

Masa menghidang, bolehlah ditabur dengan parutan parmesan cheese.



4 ulasan:

  1. asslm Azie...terima kasih sudi singgah ke dapur QH...sedap nmpknye pasta in creamy tu...tp QH agak kurang sikit...tekak kg agaknye..hihi..

    pasl kamera tu...QH guba kamera digital tu aje...setting auto...gmabo tu pula amik kt dlm umah aje...tp dekat ngn tingkap dan disiang hari...xnk follow kita ker...kita dh follow awk dh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi mengunjungi Dapur Azie. I sebenarnya dah add blog QH dalam my blog list. Nnt QH add my link juga ya. Ingatkan I dah follow blog QH. Nnt I follow.

      Berbalik pada kamera tu, saya tengok gambar yang dihasilkan sgt sharp. Adakah diambil dari jarak dekat? QH guna meja yang rendah dan ambil dari arah atas ke? Kalau ambil dekat dengan tingkap, gambar saya menjadi terlalu terang. Harap QH dapat memberi tips ya. Tak puashati dengan gambar gambar yang dah diambil

      Padam
  2. Assalamualaikum akak, camner akak buat double crean @ heavy cream..atau da siap di pasaran? Tq

    BalasPadam
  3. as salam..sy suke blog masak akak..biasa kalau nak refer resepi..blog akak y first sy refer.. ade jugak y sy dh try..

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.