Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Saturday, 28 April 2012

Ohhh Sedap Nyer Mee Goreng


 
Pagi tadi saya memasak Mee Goreng Azie untuk hidangan brunch, yang memang berdasarkan trial and error yang dibuat bertahun lamanya untuk memdapatkan mee goreng yang secocok dengan selera saya. Dari kecil, saya memang suka mee goreng yang digoreng panas panas di pasar Bachok. Maklum mee ini dikira mahal dan tak mampu untuk membelinya berbanding mee goreng yang dijual di Pekan Jelawat. Bayar 50 sen dah dapat makan kenyang kenyang. 

Jadi selepas kawin dan bekerja, saya barulah mulai pandai makan mee goreng di gerai gerai dan restoran. Sepanjang itu, saya menjumpai beberapa gerai yang menggoreng mee yang sedap dan sesuai dengan selera saya. Tapi sayang, semua tukang masak yang membuat mee goreng yang sedap telah pun berhenti. Kini hanya mee goreng di Restoran Hassan di Taipan USJ adalah restoran yang menghidangkan mee yang sedap dan sesuai dengan saya.

Oleh kerana susah nak mencari mee goreng yang kena dengan saya, saya terpaksalah membuat percubaan demi percubaan sehingga akhirnya yesss, I got it. Mee Goreng Azie lah namanya. Saya juga mengajar bekas pembantu rumah saya membuat mee goreng ini dan dia juga berjaya menghasilkannya.

Sebenarnya bahan bahan yang digunakan adalah biasa biasa sahaja tetapi cara menggorengnya yang menentukan kesedapannya. Pertama hanya menggunakan sedikit sahaja cili kisar yang digoreng rata. Kedua, menggunakan banyak sos tomato dan cili supaya ianya bersalut di mee. Ketiga, air mesti secukupnya supaya mee yang dihasilkan masak dan lembab, tapi tidak terlalu lembik tau. Keempat, hanya menggunakan sayur sawi sahaja. Dan akhir sekali, mesti ada hirisan limau nipis. Kalau tak ada yang ni, mahu saya tolak pinggan ketepi, merajuk tak mau makan. Yang lain lain hanya opsyenal, seperti bawang goreng, daun bawang, cili merah, buah tomato. Kalau ada, lagi sedap. Tak ada pun tak apa.

Kalau nak tengok bahan bahan yang digunakan, rujuk pada entri sebelum ini dengan klik di SINI. OK kita jamu mata dengan gambar gambarnya ya....

 



13 comments:

  1. Malam Azie,
    kiranya ini mee goreng Azie yang spesial ye... memang betul, kalau kita suka pada satu-satu resepi tu, kita nak cari juga sampai dapat! Baru puas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie, ini mee goreng yg memang sedap pada saya. Dibuat berdasarkan percubaan sendiri sehingga dah jadi. Saya memang penggemar mee goreng, susah nak cari mee goreng simple tapi sedap.

      Delete
  2. salam Zie,aduh malam baru nampak mee goreng ni sedap nampaknya tu sbb tadi kmi dinner kul 5.30 petang lapar lah balik tengok mee ni bak lah sepinggan Zie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Kak Noor. Hari ni lepas makan mee goreng, terus exercise menggunakan stepper. Dah malam ni, kena tahan nafsu makan lah sikit. Bila rasa lapar jer, kita kena minum air putih banyak banyak. Hahahaha biar sampai kenyang dengan air

      Delete
  3. salam kak zie..nyum2..sedapnya mee grg ni siap ada hirisan tomato lagi..tiba2 rasa lapar.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. LB, I memang suka mee goreng yang simple macam ni tapi sedap. Kadang kadang mee yang dimakan di kedai, macam tak masak, wp nampak berkuah. Perah limau nipis banyak banyak, baru lah ada kick. Terima kasih kerana sudi singgah ya, LB. Nanti datang lah lagi.

      Delete
  4. wah, sedapnya Kak Azie.. dah kepingin pulak rasanya... lama juga tak goreng mi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ogyep, memang sedap kalau kita goreng sendiri. Esok pagi boleh lah goreng mee untuk sarapan. Tentu kenyang sampai ke petang. Terima kasih kerana singgah ya.

      Delete
  5. Kak Azie..saya dah try resepi ni mmg sedap..superb..serius ni..sebelum ni mmg tak pernah jadi kalau goreng mee..sampaikan husband saya yang kurang suka mkn mee bertambah-tambah..hehe..dan resultnya terpaksa goreng dua kali..tq very much kak azie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana mencuba. Less is more. Yg penting air tu sb mee kena masak tapi tak boleh lembik. Kalau kat kedai, rasa mee tu mentah lagi. Kalau dia buat mee basah, dah jadi lembik pulak. Praktis lagi dan lagi, mesti lagi sedap. Biar belengas (kata orang kelantan, lah) iaitu melekat sikit di mee tu.

      Delete
  6. tengok gambar pun dh menyelerakan..semuanya buat terliur..td terus beli ayam & bahan untuk nasi ayam special menu kak azie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. June, bagus lah macam tu. Just do it. Kalau tangguh, pasti tak menjadi

      Delete
  7. Kak azie..resepi ni mmg sedap. saya pun peminat mi goreng...saya juga selalu buka blog akak cari resepi. lg 1 saya pn selalu beli mi goreng kat kedaibachok Masa duk kg...hehe...nsue

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.