Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

23 Apr 2012

Ninety Minutes Cinnamon Rolls




Malam tadi Juita sekali lagi membuat Cinnamon Rolls dengan menggunakan resepi yang lain pula. Kali ini dia menggunakan resepi dari allrecipes.com dan membuatnya untuk dibawa ke sekolah pagi hari. Boy turut sama membantu Juita menyediakan cinnamon rolls yang dinamakan sebagai Ninety Minute Cinnamon Rolls. Resepi ini menghasilkan 12 rolls dan hanya dimakan begitu saja tanpa frosting. Tapi jika ingin membuat frosting, boleh rujuk resepi dan cara caranya di SINI.

Jom kita layan resepi yang telah saya terjemahkan...

Ninety Minute Cinnamon Rolls
Sumber: allrecipes.com

Bahan bahan:
3/4 cawan susu segar
1/4 cawan majerin - suhu bilik
3 1/4 cawan all-purpose flour
1 (.25 ounce) package instant yeast
1/4 cawan gula halus
1/2 sk garam
1/4 cawan air
1 telur

Bahan Filling:
1 cawan gula perang 
1 sb serbuk cinnamon
1/2 cawan majerin - suhu bilik 
1/2 cawan raisin (optional)

Cara cara:
Panaskan susu di dalam pan sehingga timbul bubbles, angkat. Masukkan majerin dan dikacau rata sehingga majerin mencair. Ketepikan sehingga menjadi suam.



Di dalam mangkuk besar, satukan 2 1/4 cawan tepung, yis, gula dan garam. Kacau rata. Tuang air, telur dan bancuhan susu dan dikacau rata rata lagi.

Tambahkan baki tepung dalam 1/2 cawan pada satu satu masa dengan dikacau rata setiap kali memasukkannya. 




Bila doh telah sebati dan boleh ditarik, pindahkan ke atas papan yang telah ditabur tepung dan uli sehingga sebati selama 5 minit.

Tutup doh dengan kain lembab dan ketepikan selama 10 minit. 

Sementara itu, menggunakan mangkuk kecil, satukan serbuk cinnamon, gula dan majerin yang telah dilembutkan pada suhu bilik.

  
Bentukkan doh sehingga menjadi bentuk rectangle saiz 12x9 inci. Sapu adunan majerin/gula atas doh. Taburkan raisin, jika suka.



Gulung dan seal kan hujung sekali dengan disapu air pada doh supaya melekat. Potong sebanyak 12 gulung sama saiz dengan bermula 2 bahagian, potong lagi 2 bahagian setiap satu dan seterusnya. 




Susun di dalam loyang yang telah dilenser majerin. Ketepikan dan biarkan dalam 30 minit sehingga doh naik lagi sekali ganda. 



Panaskan oven pada suhu 190C dan bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan. 

Bolehlah dihidangkan semasa panas suam begitu sahaja atau diletakkan frosting. 




15 ulasan:

  1. salam Zie, rajin bercinamon roll tu sedap nampaknya,akak belum pernah buat mesti nak kena try jugak ni teruja la tengok tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap cinnamon rolls ni, apalagi makan bersama English Tea. Hui rasa macam kat oberseas lah pulak. Cuba lah, ada 2 resepi yg berlainan walaupun hampir sama.

      Padam
  2. Salam, saya cuba resipi ini semalam. Wow! Sangat sedap and easy to make. I love it. Teringat saint cinnamon punye cinnamon rolls. Thanks for sharing the recipe. I have also tried your perfect vanilla cup cake recipe. That one is also marvellous! Keep sharing great recipes ya. -azura-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Zura kr sudi singgah. Harap Zura suka dg pengisian blog saya

      Padam
  3. Akak gune susu cair brand ape yg baik di syorkan?lg satu adunan tu akak putar gune mesin or tgn je pon boleh?sy nk try neh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ini guna susu segar. Biasanya guna dutch lady. Saya sebenarnya tak kisah brand pun. Yg mana ada di kedai yg saya kunjungi yg itu saya beli. Kami guna mixer. Boleh juga guna tangan. Zaman dulu, saya buat kek pun bancuh dg tangan jer

      Padam
  4. Assalam Azie, saya baru buat cinnamon roll ikut resepi nih.. Mmg sedap sgt...tq for sharing..love!

    BalasPadam
  5. Tq azie..mmg sedap..saya buat comey2 ..senang nak ngap..

    BalasPadam
  6. Assalam.kalau ganti all purpose flour digantikan dgn tepung gamdum boleh x?

    BalasPadam
  7. salam..nk tanye...yg instant yis tu...yg serbuk brand mauripan tu ke? 1st time nk buat roti.. resepi azie mmg sodap2 belaka...

    BalasPadam
  8. Menariknya resepi ni..mlm2 ni wt sy terliur lak..kne cuba ni..

    myfreshvita.com

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Azie..thanks for the recipe. Saya dah cuba buat, memang jadi dan sedap. Cuma, filling tu says tukar jadi chocolate cinnamon filling. Tak guna glaze dah sebab dah cukup manis. Again, terima kasih.

    BalasPadam
  10. Salam kak azie.... All prupose flour ni boleh ganti dgn tepung gandum ke? All prupose flour ni bread flour ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga. Tp seeloknya ikut arahan resepi

      Padam
  11. Assalamualaikum kak azie. Semalam teringin sgt nak mkn cinnamon rolls. So terus google resepi. Sy mmg selalu google resepi mskn kat blog ni hehe. X sangka cinnamon rolls pon ada. Sedap pulak tu. Serious menjadi even for first timer mcm saya ni haha. Dah la tersalah baca resepi tp berjaya selamatkan dough tu fuhhh. Thank you kak azie blog ni mmg best!!! Almost all resepi mmg sy akan cr kat sini. Bahan2 senang dan arahan pon mudah difahami. So much love for all these ❤

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.