Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

15 Apr 2012

Nasi Goreng Kampung Untuk Sarapan



Pagi ini saya memasak nasi goreng dengan dibantu Mimi dan Noriz, anak saudara yang juga punya minat memasak. Nasi goreng hari ini memang sempoi jer kerana itu jer bahan bahan yang tersedia dalam peti ais. 

Resepi nasi goreng ni semua orang pun tahu sebab resepi pejam mata pun boleh buat nyer. Tapi tak lengkap kalau tak diletakkan resepi kan? Untuk rujukan anak anak yang baru belajar memasak lah. Yang dah pandai tu, tak payah lah tengok.

Jom layan gambar gambar yang diambil oleh Noriz...

Nasi Goreng Kampung

Nasi secukupnya
3 ketul dada ayam - potong kecil
6 bawang merah
4 bawang putih
3 sb cili kisar
3 biji telur
Garam
Karot - potong dadu
Kacang panjang - potong kecil
Cili merah - hiris
Bawang goreng

Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.

Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili menjadi garing. Masukkan ayam dan goreng sehingga ayam masak. Masukkan sedikit air untuk memasakkan ayam.

Setelah ayam masak, masukkan karot dan kemudian kacang panjang. Kacau sehingga layu.

Ketepikan dan tuang telur ke dalam kuali, kacau rata dan cepat cepat masukkan nasi supaya ianya bersalut dengan telur.

Masukkan garam dan serbuk perasa, jika suka.

Bolehlah diangkat dan dihidangkan. Taburkan cili merah dan bawang goreng.

Selamat bersarapan...




5 ulasan:

  1. waduh makan panas2 tak cukkup sepinggan ni Zie tambah2 kalau ada cili padi fulamak ckp pun tarak guna hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Noor, tadi kami makan dengan daging masak kicap, lagi sedap. Raya nanti boleh buat lagi daging masak kicap. Membuatnya mudah, tak perlu buat rendang

      Padam
  2. Assalamualaikum Azie,
    Salam kenal dari Kak Amie, follow sini ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Amie. Terima kasih kerana sudi follow my blog.

      Padam
    2. Saya dah add blog Amie dalam my blog list. Nnt Amie add my blog ya

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.