Iklan Nuffnang

Iklan

16 Apr 2012

Melbourne Yang Tetap Segar Dalam Memori



Walaupun telah setahun berlalu, namun percutian ke Melbourne tetap segar di dalam ingatan. Tapi oleh kerana pada masa itu, saya tidak membuat catatan perjalanan, saya terpaksa mengambil masa untuk mengingatkan kembali lawatan lawatan sepanjang berada di sana. Ini adalah kali ketiga saya melakukan percutian ke Australia selain dari Perth dan Gold Coast. Dalam tahun 2011 sahaja, saya telah bercuti ke luar negara sebanyak 4 kali. Saya hanya menyedari perkara ini, apabila kawan sepejabat memberitahunya bila saya katakan ingin bercuti dan berehat.

Berbalik pada percutian ke Melbourne, kami berangkat dengan menaiki pesawat MAS pada 11 Mei 2011. Sebaik tiba, kami terus di bawa untuk bersarapan di Indian Restaurant di tengah tengah bandar Melbourne.




Selepas itu kami di bawa ke Queens Victoria Market dan juga melawat lawat sekitar tempat menarik di Melbourne sementara menunggu bilik hotel disediakan. Tiada apa yang menarik di sini, saya hanya membeli sabun sabun yang diperbuat dari hanya sayur sayuran dan buah buahan yang berbau sangat harum. Harum seperti bau sayuran dan buahan yang boleh membuatkan kita terliur sekali.





Kami diberi masa untuk melakukan acara bebas di tengah tengah bandar Melbourne. Saya dan hubby mengunjungi beberapa shopping mall di samping mencari makanan halal untuk makan tengahari. Hari itu kami makan makanan Arab ala ala kebab gitu.  Saya dan hubby mengambil kesempatan untuk memborong chocolate jenama whittakers yang memang murah di sana.




Sesampai di hotel, kami terus bersiap siap untuk menghadiri majlis Gala Dinner. Majlis ini adalah majlis meraikan kejayaan agen agen baru, terutamanya. 




Pada hari kedua, pagi pagi lagi kami bersiap siap untuk ke Churchill Island. Di sana kita melawat ladang dan aktiviti perladangan tradisional seperti memerah susu lembu, mengetam bulu biri biri dsb. Terdapat juga kebun herba dan juga bunga bungaan serta haiwan peliharaan.  Seperti biasa, saya hanya mengambil gambar gambar dan  mengintai peluang untuk bershopping di kedai menjual barangan cenderahati. 






Semasa dalam perjalanan balik, kami singgah makan tengahari di Nobbies Centre. Aduhai makanan yang disediakan sangat enak. Pemandangan yang cantik sungguh mengujakan tetapi angin bertiup sangat kencang sehingga sukar untuk mengambil gambar di situ. Terasa badan kita seperti melayang di bawa angin dek kedudukannya yang mengadap laut terbuka.






Pemandangan sepanjang perjalanan dari Churchill Island sangat cantik dan mempesonakan. Kami berjaya memujuk travel tour guide untuk berhenti bagi mengambil gambar. Sepanjang jalan juga, kami terserempak dengan banyak kanggaro liar yang sedang mencari makanan. Melihat kanggaro liar lebih mengujakan berbanding dengan melihatnya di taman taman. Kami bersorak sorak kegembiraan bila melintasi kawanan kanggaro tersebut.





Sebelah malamnya kami di bawa ke Restoran Chilli Padi, restoran yang menyajikan dengan pelbagai masakan Malaysia termasuklah sate. Pendek kata sepanjang lawatan, kami diberi first class treatment dengan makanan yang mewah dan aturcara lawatan yang diatur umpama VIP.




Hari ketiga kami ke Puffing Billy, menaiki steam train, yang dah berabad usianya melalui track asal  menyusuri bukit bukit. Bayangkan sepanjang perjalanan tersebut dapat disaksikan orang orang dewasa yang menjadi seperti kanak kanak yang sangat teruja dengan pengalaman menaiki train. Apa tak nya, mereka duduk di tepi tingkap dan menjulurkan kaki keluar. Pemandangan country village yang dilalui sangat mempesonakan. Best nyer jika saya mempunyai kediaman seperti itu yang berada di tengah tengah kehijauan pokok pokok yang memang disimpan dan dilindungi. Cuacanya seperti berada di dalam air cond yang menyamankan. Dalam perjalanan ke sana, kami sempat singgah di Dandenong Ranges National Park bagi sesiapa yang ingin ke bilik air. Ramai yang mengambil kesempatan untuk memberi makan dan mengambil gambar dengan burung yang cantik cantik.







Hari terakhir, kami dan beberapa orang kawan mengambil teksi untuk ke bandar Melbourne kerana hotel kami, The Sebel Albert Park agak berjauhan dari bandar. Kiranya ini adalah aktiviti terakhir sebelum balik ke hotel, membuat packing dan mengucapkan Selamat Tinggal kepada Melbourne. 





Enjoy and happy reading...




9 ulasan:

  1. Bestnye Zie gi Melbourne,akak ni kalau ada anak kat sana pasti sampai jugak tapiii dah anak2 di UK terpaksa ulangalik di sana saja,tapi mmg ingin sangat nk gi Melbourne tu tunggu lah anak2 dah kerja boleh lah makan angin lak tentu best kan Zie disana..

    BalasPadam
  2. Kak Noor, hehehe terasa muda pulak bila panggil Kak Noor. Tu sebab i suka panggil Noor jer. Australia memang best, tenang dan damai. Tapi London tetap menjadi destinasi pilihan, malahan sejak kecil hanya berangan untuk ke London. Maklumlah London always associated with rich and famous life style.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Azie,
    bestnya dah sampai Australia, kami plan nak pergi bulan Mac lepas tapi segala perancangan terbengkalai... kwang kwang kwang!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Australia memang best tp bukan tempat utk shopping. I pulak suka holiday sambil bershopping. Tahun ni, cuba lah plan sekali lagi trip ke Aussie tu, Amie

      Padam
  4. Salam K.Azie.bestnya dah dpt jejak kaki ke Australia...yg menarik naik steam train tu beramai2..
    re;K.Azie,husben sy kerja dg salah sebuah Kem

    BalasPadam
  5. Mamasya, berjalan ni ke mana pun best. Insya Allah oktober kami akan ke Alex untuk menghadiri konvokesyen my daughter. Mamasya ada tak resepi resepi masakan arab.

    BalasPadam
  6. bestnya jalan2 sana.. seronok jek tengok... tumpang tengok jela.. nak pergi tu insyaAllahh.. one day kan .. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah, Izah. Kalau kita rancang awal awal, kos lebih murah. Sekarang banyak alternatif untuk berjalan jalan berbanding dengan zaman dulu semasa tak ada kemudahan internet

      Padam
  7. Adakah penguin boleh dilihat sepanjang Musim di Philip island?

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.