Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

2 Apr 2012

Kacang Botol Goreng Belacan





Banyak pulak stok kacang botol di rumah kerana hubby beli lagi di kedai runcit semalam tanpa menyedari yang saya telah membelinya di Giant. Kalau sekadar dimakan sebagai ulam, nampak gaya akan masuk food disposer jer lah. Jadi itu yang terus teringat untuk digoreng. Pasti sedap dimakan kerana ianya akan rangup sekali. Krup krup krup bila dikunyah, serius ... tak percaya cuba kunyah...

Dulu masa rumah di USJ, kami menanam 2 pokok jer kacang botol tapi berbuah buah sampai tak termakan. Saya ni jenis yang akan makan kalau dihidangkan depan mata, kalau mengharapkan saya menghidang sendiri ulam ulaman ni, memang susah lah sikit. Maknanya saya ni kurang menggemari ulamlah tu... 



Kacang Botol Goreng Belacan 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Kacang botol- potong menyerong
1/3 cawan minyak masak 
Garam secukupnya

Secubit serbuk perasa - opsyenal

Bahan tumbuk:
1-2 tangkai cili merah -jika suka pedas tambah cili api
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Segenggam udang kering - boleh guna ikan bilis
1 sudu makan belacan

Cara cara:
Bahan tumbuk ditumbuk kasar kasar. Jangan hancur sangat.


Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan sedikit garing.


Masukkan kacang botol, garam dan serbuk perasa. Kacau rata dan goreng sekejab sahaja supaya kacang kekal rangup.



Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan panas panas.




6 ulasan:

  1. Nampak best nak try la cantik lak tu

    BalasPadam
  2. Nak try right now. Ada kacang botol banyak i beli dri tesco. Later will comment ok taste cam ne

    BalasPadam
  3. Resepi ni dah ada kt blog hasue thn 2009 dia amik dari blog love..resepi sama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya goreng belacan ni sejak berpuluh tahun dahulu. Biasanya goreng sayur kangkung tp zaman tu tk ada blog. Kalau sama dg resepi orang lain, maknanya saya google mencari idea utk dimasak dan ikut resepi yg dikongsi sebagai jalan mudah utk memasak. Biasanya resepi macam ni sama jer dg masakan mak mak zaman dulu. Jadi tak perlu disebut sebut kr resepi macam ni bukan sesuatu yg unik.

      Padam
  4. Betul tu Kak Azie, x semestinyo kalu resepi tu samo hok demo, bermakna kita copy hok samo..jame tok nenek dlu lg eh duk buat kace botol gore nih..x suka x pyh ikot..bobe bobe jah panda..sy sokmo ikot resepi kak azie kalu nk masok..hihihi..x yoh caro ko hater2 tu azie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat. Zaman nenek moyang kita lagi orang dah goreng macam ni. Bukannya ada keunikan pun. Hahaha cuma zaman tak ada blog, ya

      Padam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.