Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

30 Apr 2012

Jamu Mata di Pasar Taman Tun Dr Ismail

Hari ini saya cuti kerana saja nak duduk di rumah dengan anak anak sebelum bertolak ke US pada hari rabu. Sementara anak anak ke sekolah, saya meminta hubby menghantar saya ke saloon di atas Pasar Taman Tun Dr Ismail dalam perjalanan dia ke pejabat. Dah lama kita pilih pilih bila ke saloon dan pastikan bahan yang digunakan adalah bahan asli dan halal.

Sebelum ini, saya setia dengan Laily Saloon di USJ tapi rasa jauh lah pulak nak ke sana. Lagi pulak, saya selalu ke sana pukul 7 pagi pada hari sabtu. Hari hari bekerja agak susah sikit kerana kedai ditutup awal. Maknanya saya kena ambik cuti. Saya pulak tak suka mengambil cuti sewenangnya kerana ingin menggunakan cuti sebaiknya untuk bercuti ke luar negara.

Sebenarnya inilah kali pertama saya ke pasar TTDI pada waktu berniaga. Kali pertama menemankan Nana mengambil baju yang ditempah di situ. Hahahaha kalau untuk kain murah, kami tak hantar pada Alice, tailor saya  sejak remaja dan kini juga tailor untuk anak anak gadis saya. Bukan apa, nanti jadi macam perumpamaan tu, apa tu... Ohh mahal tali dari apa ya? Dari lembu ke? Apa apa lah, asal faham maknanya.

Ok berbalik pada pasar TTDI ni, saya rasa seronok sangat menjamu mata di pasar melihat ikan ikan segar yang dijual.  Pasarnya bersih, bak kata Zaiton owner saloon tu, pasar ni boleh datang dengan kasut tinggi.  hehehe kebetulan pulak, saya pun bergaya dengan kasut  bertumit tinggi hari ini. 

Sejak berpindah ke Kota Damansara, memang tak jumpa lagi ikan sesegar ini kerana di sini tiada pasar basah.  Tak puas rasanya membeli ikan di kedai runcit jer. Bila tengok ikan ikan tu, semua berkenan. Apa yang Apek tu tunjuk, semua main angguk jer. Walhalnya bila lah sempat nak memasak pun.

Jom kita layan ikan ikan yang saya beli tadi. Yang ini ikan senangin. Saya kali pertama makan ikan ini di rumah MIL semasa masih di dalam pantang bersalin anak pertama. Katanya ikan ni tak gatal, boleh dimakan oleh ibu ibu yamg masih di dalam pantang. Geram menengokkan kesegarannya. Minta Apek menyiangkan seekor ikan senangin.





Yang ini pulak ikan bawal putih yang sahabat saya, Haji Abdul Hanan war warkan keenakannya. Dari beliau lah, saya dapat tahu yang ikan ni sangat sedap dan rasanya seperti isi ketam. Tapi mesti beli yang segar dan besar. Patutlah selama ini, kita beli ikan bawal putih yang kecil kecil jer. Ikan ini memang menjadi kegemaran orang Cina terutama untuk dimasak stim. Saya minta 2 ekor. Boleh tahan lah harganya.




Terpandang pula seorang anak muda membeli beberapa ekor ketam. Gatal mulut bertanya Apek, banyak isi tak ketam itu? Terus dia menunjukkan pada saya ketam yang penuh berisi tu. OK lah ambiklah kesemuanya sebab ada 4 ekor jer. Siang sekali ya, kata Apek. Ya lah, saya mengangguk jer macam kena pukau pulak.





Malam tadi pergi makan kat Uptown Damansara, seperti biasa Aween minta Kerang Rebus. Memang dia suka sangat sangat kerang rebus, marah dia kalau kita mencukainya tanpa kebenaran. Jadi bila terpandang kerang yang ternganga hidup tu, saya menanya berapa harga sekilo. Nyonya tu kata ambik semua lah, ada 2 kilo setengah jer. Saya tak cakap apa apa pun tapi melihat jer dia menimbang dan memasukkan ke dalam bag plastik seolah saya memang confirm nak beli pulak. Balik rumah, semua dah tutup mulut pulak kerang ni. Segan kot masuk rumah kami. Bila time nak memasak, baru lah nampak depa mula menganga semula..







Haaa beberapa keping juga kertas melayang dari dompet saya dengan tak dirancang apa apa pun. Itulah, sebab seronok melayan ikan ikan segar. Tengok orang pilih ikan kembung pun, jadi berkenan. Tengok sotong pun berkenan juga. Walhalnya masa kat USJ, hubby yang ke pasar, saya kalau pergi pun tunggu dalam kereta. Kena ikut sebab nak breakfast sebaik balik dari pasar. Hahaha boleh tak gitu, Azie?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.