Iklan Nuffnang

19 Apr 2012

Dinner Di Bangkok dan Breakfast di Paris





Bermula dengan Gala Dinner Bangkok yang sangat istimewa dengan diiringi polis trafik dari Amari Watergate Hotel, hotel penginapan ke Moutien Riverside Hotel, tempat berlangsungnya Gala Dinner. Lebih lebih lagi pada masa tu, Bangkok menghadapi masalah tunjuk perasaan antara baju merah dan baju kuning yang menyebabkan kesesakan jalan raya lebih dari biasa. 

Masa Gala Dinner, hidangan sangat lah istimewa dengan seafood dan berbagai bagai lagi. Saya makan lobster dan udang galah bakar yang sangat segar sehingga dah tak lalu lagi nak menelannya. Pendek kata kita boleh makan sampai pengsan lah. 




Pagi pagi hari kedua di Bangkok, kami hanya berjalan jalan mencari souvineer di sekitar hotel sahaja kerana akan berangkat balik ke KLIA sebelah tengaharinya. Sempat juga menyaksikan tunjuk perasaan aman dan bergambar dengan penyokong baju merah yang anti kerajaan yang memerintah Thailand pada ketika itu.




Dari Bangkok, transit di KLIA sebelum bertolak ke Charles De Gaulle pada 20 Mac 2010. Itulah detik detik yang mengembirakan dalam hidup saya. Bila di sebut Paris, tentu sahaja bayangan Louis Vuitton berada di kepala masing masing. Begitu juga saya, banyak yang ingin dicari di sana termasuk untuk mengintai handbag dari jenama jenama terkemuka lain juga. Selain untuk diri sendiri, juga untuk 3 orang anak dara kami yang tidak mahu mengalah untuk memiliki handbag LV.

Sementara bilik Hotel Concorde La Fayette disiapkan, kami dibawa untuk bersarapan. Wah kali pertama makan baguette dan scramble eggs yang sangatlah sedap. Baguette adalah sejenis roti yang mempunyai bahagian luar yang rangup biasa dihidangkan untuk breakfast dan sebagai sandwich. Restoran di sana kebanyakan bersaiz sederhana jadi pengunjung diminta meninggalkan jacket ditempat yang disediakan di pintu masuk restoran. 





Selepas bersarapan, kami di bawa melawat lawat tempat menarik di sekitar bandaraya Paris. Bermula dengan tempat untuk bergambar berlatar belakangkan Eiffel Tower, impian setiap orang terutama pasangan bercinta untuk mengunjunginya. Paris dikenali sebagai City of Light yang juga bandar berkasih sayang. Mungkin kerana di war war kan berkenaan perkara ini, kita dapat merasakan aura kasih sayang di sana. Kami seolah pasangan yang sedang berbulan madu gitu.




Selepas itu kami di bawa ke The Arc de Triomphe, salah satu monument di Paris terletak di penghujung jalan Champs-Elysees antara jalan yang sangat terkenal di dunia. Ianya adalah bagi memperingati mereka yang telah berjuang untuk Peranchis semasa Napoleonic Wars. Champs-Elysees adalah tempat terletaknya butik LV yang terbesar, yang kami sangat sangat ingin kunjungi tapi dipesan berkali kali supaya jangan pergi dulu. Tapi ada juga yang mencuri curi pergi dan balik bergaya dengan handbag LV sementara yang lain mencemburui.



 
Kami singgah makan tengahari di Chef Francoise Restaurant, sebuah restoran yang sangat cosy di mana pengunjungnya walaupun semuanya nampak macam warga emas tetapi berpakaian sangat kemas bergaya. Orang orang Paris sangat terkenal dengan gaya dan style berpakaian. Ala ala dalam filem gitu. Menu pilihan saya ialah Roasted Salmon with White Butter Olive Puree.




Sebelah malam kami di bawa untuk makan malam di Restoran La Cremailere di Montmartre. Montmartre adalah bererti "mountain of the martyr" terletak di atas bukit dengan ketinggian kira kira 130 meter. Untuk naik kita boleh menggunakan tangga atau menaiki funicular railroad yang sangat menyeronokkan. Dari sini, kita boleh melihat keindahan Paris yang bergermerlapan sesuai dengan jolokan City of Light.



Hidangan makan malam sangat lah sedap. Di Paris, minuman berkarbonat seperti coca cola sangat mahal tetapi malam itu, atas permintaan ramai, kami dihidangkan juga dengan minuman coca cola. Menu saya ialah Mussel in white sauce, Salmon - pan fried catch, French onion soup dan Caramel. Tapi kerana hari hari pertama, saya masih lagi jet lag, hampir tertidur sewaktu hidangan tiba...




Dalam keterujaan, lawatan di Paris sebenarnya menyebabkan jiwa kacau kerana lepas sorang demi sorang kehilangan dompet dek gara gara penyeluk saku yang sangat handal sehingga tidak langsung dirasai oleh si mangsa.

Sehingga kita bertemu di catatan perjalanan di kota cinta, Paris seterusnya .... enjoy 


1 comment:

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.