Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Cinnamon Rolls Juita ku Sayang

Cinnamon Rolls Juita ku Sayang

Malam jumaat lepas semasa ke Giant, Juita dan Boy mencari bahan bahan untuk dibuat kuih dan saya tak pula bertanya apa kuih yang ingin dibuat. Bila balik dari pejabat, baru saya tahu yang mereka membuat Cinnamon Rolls. 

Wah saya sendiri belum pernah membuatnya. Semasa sampai di rumah, saya lihat adunan doh sedang diperap sebelum dibakar. Memang saya bangga dan kagum dengan Juita yang kira agak handal dalam bab memasak. Beliau selalu membuat rujukan di internet dan blog omputih. 

Selera mereka memang berbeza dengan selera kita yang lebih kepada kuih muih Melayu. Malahan ketiga tiga anak gadis saya memang berbakat dalam masakan walaupun saya sendiri sebenarnya tak berapa gemar memasak dan masuk dapur sejak dari kecil.


Cinnamon Rolls Juita ku Sayang

Berdasarkan resepi yang digunakan, saya membuat terjemahan untuk di post ke dalam blog Azie Kitchen. Memang sedap sekali cinnamon rolls ni, malahan semasa dibakar, semerbak bau haruman serbuk cinnamon di seluruh rumah. 

Alahai saya mencuri makan seketul walaupun ianya dah mengganggu diet saya. Jom layan resepi dan gambar gambarnya....


Cinnamon Rolls Juita ku Sayang

Cinnamon Rolls
Sumber: Laura in the Kitchen
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
7 gram yis mauripan
¾ cawan susu 
¼ cawan gula halus
¼ cawan air panas
¼ sudu kecil extract vanilla
1 biji telur
1 sudu kecil garam
¼ cawan unsalted butter - cairkan
4 cawan all purpose flour
¼ cawan mentega cair - sapu di permukaan

Bahan Filling:
1/3 cawan unsalted butter - suhu bilik
¾ cawan gula perang
¼ cawan gula halus
½ sudu besar serbuk cinnamon

Bahan Glaze:
¼ cawan Cream Cheese - suhu bilik
1 sudu besar butter - suhu bilik
¼ cawan gula icing
½ sudu kecil extract vanilla
3-4 sudu besar susu suam

Cara cara
Di dalam mangkuk kecil, satukan air suam dan 1 sk gula halus. Tabur yis rata rata di atasnya dan biarkan selama 5 minit.

Dengan menggunakan mixer, satukan telur, susu, garam, gula dan butter yang dicairkan. Masukkan 2 cawan tepung dan air, vanilla dan akhir sekali bancuhan yis. Putar sehingga rata sebelum letak lagi baki tepung.

Tukar kepada kelajuan sederhana dan biarkan terus diputar selama 5-7 minit atau sehingga menjadi doh yang lembut dan licin.

Lumur sedikit minyak pada mangkuk yang besar dan ketepikan. Keluarkan doh dari mixer dan tarik dengan menggunakan kedua dua tangan untuk membentuk bulat. Masukkan doh ke dalam mangkuk tadi dan lumur permukaan doh dengan sedikit minyak. Tutup dengan plastic wrap dan ketepikan selama 2 jam di tempat yang tertutup.


Di dalam mangkuk kecil, satukan gula perang, gula halus dan serbuk cinnamon. Ketepikan.


Bila doh telah mengembang menjadi sekali ganda, tumbuk doh dan ratakan di atas permukaan yang ditabur dengan tepung menjadi saiz 15x9".



Sapukan butter di permukaan sehingga rata. 



Tabur rata dengan bancuhan gula dan serbuk cinnamon.


Gulung dan potong sama rata menjadi 16 keping. Bahagian akhir sekali dilumur dengan air bagi melekatkannya. 

Caranya dengan potong kepada 2 bahagian dan kemudian potong lagi setiap satu menjadi dua bahagian lagi dan seterusnya.



Susun di dalam loyang saiz 9x13" yang telah dilumur butter. Tutup dengan plastic wrap dan biarkan di tempat warm selama 1 1/2 jam.



Panaskan oven pada 180C. Apabila ianya mengembang, lumur dengan butter cair dan bakar selama 30 minit sehingga perang keemasan.

Cinnamon Rolls Juita ku Sayang

Cinnamon Rolls Juita ku Sayang

Cinnamon Rolls Juita ku Sayang

Sementara dibakar, sediakan glaze dengan menyatukan semua bahan kecuali susu. Apabila semua bahan dah bergaul sebati, tuangkan susu sedikit demi sedikit sehingga mencapai kecairan yang dikehendaki.



Dengan segera, tuangkan glaze ke atas cinnamon roll yang telah siap dibakar.



Cinnamon Rolls Juita ku Sayang

Bolehlah dikeluarkan dan dihidangkan. Ambik dari tengah dengan melalukan pisau dicelah celah cinnamon rolls untuk memudahkan ianya dikeluarkan dari loyang


Cinnamon Rolls Juita ku Sayang

Cinnamon Rolls Juita ku Sayang

Enjoy....


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

10 ulasan for "Cinnamon Rolls Juita ku Sayang"

  1. Selamat petang Azie,
    alaaaaaa...lupakanlah sebentar diet tu Azie, cinnamon troll tu lagi menggoda... he he hehh terima kasih kongsi resepi, dan semua gambar step by step yang Azie rakamkan tu..senanglah nak rujuk untuk orang yang tangan kaku kejang tak berapa pandai macam Amie ni.

    BalasPadam
  2. Amie, rasa nya dah slim sikit. Kalau tak makan cinnamon rolls tu, lagi slim kot. Hahaha. Betul Amie, cinnamon rolls ni masa dibakar, mengharum satu rumah. Memang tak boleh tahan godaan

    BalasPadam
  3. salam Zie, aduiii sedap nya nak dua tiga ketoiii kat sini nak rasa jugak,kak Noor belum pernah buat lah nanti boleh lah try resepi dah ada ni..

    BalasPadam
  4. Kak Noor, nnt cuba dan tayang dlm blog Bicara Kak Noor pulak. Tengok sentuhan Azie punya sifu pulak... Semerbak satu rumah

    BalasPadam
  5. Terpersona daku melihatnya... dah terasa2 kat anak tekak ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear, cubalah. Sangat mudah menyediakannya dan sangat sedap terutama makan masa masa panas dg teh O.

      Padam
  6. Kak azie, 3/4 cawan susu tu, susu pekat or susu cair or susu segar?
    Utk pengetahuan akak, dah banyak resepi yg saya ambil dari blog ni utk masakan di rumah..

    BalasPadam
  7. Kak, klu guna tepung roti boleh ke?

    BalasPadam
  8. salam kak azie, saya nk tanya kak azie ada jual tak roti cinnamon nie?

    BalasPadam