Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Cerita Water Filter Dalam LAMAN Mei/Jun 2012


Sebagai budak kampung, saya memang biasa dan suka dengan air. Tak kiralah air sungai, air laut, air sawah bendang padi, air hujan, air telaga atau apa apa air kecuali air paip bermeter kerana tak ada kemudahan ini. Sejak kecil saya memang suka bermain air dan bermandi manda samada di sungai, pantai, kuala sungai yang mengalir ke laut dan air terjun walaupun semasa remaja saya pernah mengalami peristiwa yang sangat mencemaskan semasa bermandi manda di air terjun Jeram Pasu. Aahhh tak mahu saya mengingati detik cemas itu lagi. Alhamdulillah kerana Allah telah menyelamatkan saya dari sebarang kejadian tidak diingini.

Apa yang ingin diciterkan di sini ialah saya menyukai air dan ikan. Semasa kecil saya suka memancing di sungai sungai hatta parit sekali pun terutama di musim banjir. Saya suka mencari dan menangkap ikan laga laga dan pelbagai aktiviti budak kampung. Memang suka berkawan dengan budak budak lelaki tapi tak ada pulak bersikap seperti tom boy tau. Tetap lemah lembut gitu. 


Satu perkara yang tidak lupa sampai sekarang ialah peristiwa saya terpijak paku pembinaan jambatan sebesar jari telunjuk semasa hendak memancing di kawasan pembinaan jambatan. Masa tu, saya pakai selipar getah yang ketebalannya 2 inci. Bayangkan kalau selipar saya nipis… Balik siap balik tidur jer, tak beritahu sesiapa sehingga pagi esoknya, my mom terkejut selepas melihat saya tak boleh berjalan. Terus di bawa ke klinik dan diberi satu injection.

OK lah berbalik pada topik air dan ikannya. Saya memilih lot tanah tapak rumah ini pun, kerana kedudukannya yang mengadap tasik. Saya ingin supaya bilik tidur saya bertentangan dengan tasik, jadi keindahan tasik dapat dinikmati sepenuhnya terutama di waktu malam dengan limpahan cahaya lampu yang berkilau di permukaan tasik.


Semasa mereka bentuk rumah ini, saya membayangkan rumah yang seolah olah terapung di permukaan tasik yang tenang. Oleh itu, hampir sebahagian dari rumah saya dikelilingi air kolam ikan. Walau pun tak besar tapi cukup untuk menzahirkan minat dan keinginan saya untuk memiliki rumah yang dari dalamnya saya sentiasa boleh mendengar deruan dan jatuhan air umpama air yang terjun dari bukit atau anak anak sungai yang berbatu batu. Sebagai anak kampung, saya memilih ikan ikan sungai yang exotic seperti ikan kelah, ikan patin buah, ikan baung, ikan jelawat, ikan kalui dan juga ikan tilapia tasik selain Japanese koi untuk menghuni kolam di rumah kami.

Proses membina kolam ini melalui pelbagai cabaran kerana harga yang diminta adalah terlalu tinggi dan saya tak rela dan tak bersedia untuk membelanja sebanyak itu. Jadi saya membina kolam dengan menggunakan khidmat pekerja indon. Bagi memastikan air kolam yang bersih, kita mestilah mempunyai system filtering yang bagus dan mudah diselenggara. Water filter di rumah kami direka dengan begitu ringkas sekali untuk memudahkan urusan pembersihan, tidak ada compartment by compartment. Setakat ini, Alhamdulillah air nya jernih dan penjagaan yang sangat mudah. My hubby akan membasuh kolam penapis bila dirasakan hari akan hujan. Jadi lebih jimat belanja kerana kolam boleh diisi dengan air hujan sahaja.

Kini saya berpuashati kerana setiap kali pintu rumah dibuka, saya dapat menikmati indahnya bunyi jatuhan air sambil menonton TV di ruang keluarga. Di samping itu, keadaan rumah juga lebih dingin di mana saya hanya perlu memasang kipas siling sahaja untuk berehat dengan nyaman. Kalau dulu, pasti saya tak selesa jika tidak di buka air cond. Kesimpulannya rumah menjadi lebih dingin dengan adanya air yang mengelilingi kediaman.







Nak tahu lebih lanjut tips pasal kolam ikan, bolehlah mendapatkan naskhah LAMAN di pasaran sekarang. Ada beberapa keping gambar dalam majalah LAMAN adalah gambar water filter dan kolam ikan di Nur Qaseh.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Cerita Water Filter Dalam LAMAN Mei/Jun 2012"