Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

1 Apr 2012

Bendi Udang Kering Dengan Telur



 

Saya memang gemar makan kacang bendi. Kalau masak kari ikan. bendi dah jadi wajib dimasukkan ke dalamnya. Kalau makan di mana mana kedai mamak, saya pasti meminta juga bendi yang dicelur.  Selain itu, bendi juga sedap diletakkan di dalam masakan ikan singgang.  Hmmm ada yang kata bendi tak bagus untuk orang perempuan, ntah lah saya tak berapa pasti.  Yang pasti semua jenis sayuran mengandungi khasiat yang bagus untuk keperluan diri kita. Jadi makan aje lah, tak nak banyak songeh.

Ini lah kali pertama saya memasak bendi goreng. Bukan apa, saya tak suka memasak bendi yang perlu dihiris kerana semasa dipotong, ianya akan mengeluarkan lendir, itu sebab petua untuk memasak bendi ialah terus masukkan bendi yang dipotong ke dalam kuah yang sedang mendidih. Jangan nak potong terlebih dahulu. 

Jom layan resepi...

Bendi Goreng Dengan Telur Sumber
sumber: Mat Gebu 

Bahan bahan 
15 batang bendi muda
2 biji telur, pukul sedikit
1 sb cili kisar
1 sb sos tiram
1/2 sb kicap manis
Garam secukup rasa (jika perlu)
1/3 cawan air

Bahan Tumbuk halus:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sb udang kering, rendam 10 minit dan toskan

Bahan hiasan: 
Hirisan daun bawang 
Bawang goreng 

Cara cara: 
Bendi hiris serong nipis nipis. Ketepikan.  Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, tambah sos tiram, jus asam jawa dan secubit gula, kacau rata dan tuang air. 

 

Bila mendidih, masukkan bendi tadi, gaul rata dan masak hingga bendi lembut.



Curah telur pada bahagian tepi kuali, bila mengeras sedikit, gaul rata bersama bendi. Tambah sos ikan secukup rasa.


Masak hingga kering, rasa dan jika ok boleh matikan api.



Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang, cili merah dan bawang goreng.



 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.