Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

11 Mac 2012

Sambal Tumis Udang Harimau



Seperti yang saya tulis pagi tadi, saya memang tak bercadang untuk memasak lunch sebab bercadang untuk keluar ke OU tetapi sewaktu Aween masuk ke dapur dia meminta saya memasak kuah kuning ayam.  Saya faham yang dimaksudkan Aween ialah Gulai Lemak Cili Padi Ayam lah tu.  Aduh kesian pulak sebab dia berharap untuk makan tengahari di rumah lah tu.  Saya sebenarnya nak membuat operasi membersihkan rumah dengan vacuum habuk di tingkat atas tapi kalau dah memasak, memang tak berkesempatan lah. Saya menjenguk keluar dan bertanya kalau Juita boleh membantu saya membersihkan habuk tingkat atas.  Tak susah sebenarnya sebab rumah kami menggunakan central vaccuum, jadi membuang habuk dengan menyedut menggunakan vaccum sangat mudah.

Buka peti sejuk, tengok ada udang harimau, ada juga ayam.  Pajeri nenas masih ada, jadi saya tak jadi memasak gulai lemak ayam kerana sudah ada kuah.  Hmmm masak sambal tumis udang lah jadinya. Layannn.... 

Sambal Tumis Udang Harimau

1 biji bawang besar - kisar
4 bawang merah - kisar
4 bawang putih - kisar
3 sudu besar cili kisar
Garam
Asam Jawa
Gula

Panaskan minyak dan goreng udang sekejap.  Angkat dan ketepikan.



Masukkan pula bawang kisar dan di goreng sekejap sebelum dimasukkan cili kisar.  Setelah cili kisar benar benar garing, masukkan gula.





Masukkan udang, air asam jawa, garam.  Sesuaikan rasa dan kepekatan.  




Angkat dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih panas panas.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.