Iklan Nuffnang

3 Mar 2012

Puding Buah buahan Kastard




Pagi ni, selepas membuat chocolate cake, saya dok lepak lepak jer sambil update blog dan melayan facebook. Hubby ke pejabat, Juita dan Aween ke sekolah ada acara sukan. Tinggal saya dengan Boy jer di rumah. Jadi saya masuk dapur untuk menyediakan bahan untuk membuat Puding Buah buahan Kastard pula. Puding ini sedap dimakan sejuk jadi kena buat awal awal dan simpan dalam peti sejuk sebelum dimakan.  


Memang dah lama saya bercadang untuk membuat puding buah buahan kastard terutama selepas membaca rakan facebook membuat puding ini. Tapi sebab banyak sangat resepi yang nak dicuba hingga tak tercuba cuba. Haaa ada ke istilah gitu. Hantam saja lah.  

Resepi ini sangat simple dan mudah sangat untuk menyediakannya, jadi kalau ada yang nak mencuba tu silakanlah ye. Yang pastinya sesuai sangat dihidangkan sebagai pencuci mulut, atau dessert kata omputih lah. Hidang sejuk sejuk,  lagi nyaman.

Jom layan resepinya ...




Puding Buah buahan Kastard
sumber: Dapur CT
Oleh: Azie Kitchen

Bahan untuk Puding:
1 cawan tepung kastard
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir (guna 3/4 cawan)

Cara-cara membuat pudingnya:
1. Larutkan gula pasir bersama air dalam periuk dan kemudian masukkan tepung kastard.
2. Masak di atas api yang sederhana dan kacau sehingga menjadi pekat dan berkilat.




3. Tuang ke dalam bekas acuan atau pun loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu (supaya mudah untuk mengeluarkan puding itu nanti).




4. Biarkan hingga sejuk sedikit kemudian simpan dalam peti sejuk.


Bahan Untuk Kuah:
1 tin susu cair
1 tin besar mix fruits cocktail
1 1/2 tin air masak
4 sudu besar gula pasir
1 sudu teh esen vanila (optional)

Cara-cara membuat kuahnya:
1. Campurkan semua bahan kedalam periuk.

2. Kacau sebentar dengan api yang kecil untuk melarutkan gula (tak perlu hingga mendidih).
3. Tutup api dan setelah sejuk masukkan dalam peti sejuk.
4. Hidangkan puding dalam keadaan sejuk.





Untuk menghidangkan, masukkan puding ke dalam mangkuk dan tuangkan kuahnya.  Hidangkan sejuk sejuk.





Enjoy ....



11 comments:

mariyaamohdtahir said...

saya baru je ikut blog akak.. terima kasih resepi yg sedap2.. nak cuba utk bulan puasa..

Azie said...

Salam kenal. Terima kasih kerana sudi follow. Nnt kalau dah cuba, bolehlah bagi feedback ya

Family Shoppe said...

Nak cube resepi puding ni la..utk pencuci mulut besday party anakmlm besok..

Family Shoppe said...

Nak cube resepi puding ni la..utk pencuci mulut besday party anakmlm besok..

Azie said...

FS, silakan. sangat sesuai untuk majlis dan party. lagi pulak mudah disediakan

Arbaya Suwandi said...

Slm azie..hmpir setahun saya ikut blog azie ni....mmg best2 n3 yg dikongsikan...trutama bab msk memsk...syukran atas ilmu2 yg ikhlas dikongsikan...insya allah ada gnjarannya dr Allah...slm ukhuwah dr saya..

Azie Kitchen said...

As salam Arbaya,
Terima kasih kerana sudi follow. Semoga apa yg kita buat di dunia, memberi manafaat di akhirat kelak

missfar said...

salam akak..sy suka menjenguk blog akak..resepi yg bagus2...byk yg sy dh cuba..alhamdulillah semua menjadi..tips akak sgt membantu...

Khairani Hamdan said...

Asslm. Saya pun suka.ada resepo yg saya ambik msuk dlm koleksi resepi saya.halalkan ye...

non said...

Saya new follower Azie kitchen. Harini saya buat puding kastard buah. Dah siap... Nak tunggu sejuk baru nak makan.... Petang ni la kot! Tak sabar rasa nya nak mamam. Tk Azie kitchen

D'dieya Seni said...

Nk try buat pudding ni..da try buat roti jala Dr blog akk ni..hasilnya..sgt lembut...mood- heppy sgt