Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Ikan Masin Sempoi Untuk Sarapan

Nasi Goreng Ikan Masin

Pagi pagi lagi saya dah turun ke taman, membaja pokok, membuang rumput rampai sedikit sebanyak, menyiram dan mengutip daun daun frangipani yang jatuh bertaburan di atas rumput yang mula menghijau. 

Seronok mata memandang pokok pokok yang mula menghijau selepas di baja.  Sayang sekali kalau lah majalah LAMAN datang buat photoshoot minggu ini, tentunya pokok lebih subur menghijau dari minggu lepas.


Nasi Goreng Ikan Masin

Selesai tugas tugas taman, saya duduk pula di tepi kolam untuk memberi ikan ikan makan.  Mereka memang tertunggu tunggu kedatangan saya. Malahan bila pagi pagi saya membuka pintu jer, mereka dah berkumpul di corner yang selalu saya menaburkan makanan. Mereka dah dapat mengecam bunyi kunci pintu rumah  sedang dibuka.

Lepas itu baru saya masuk dapur, rasa nya hari ni macam malas sikit nak memasak apa apa. Tak ada rancangan atau menu spesifik pun untuk hari ini sehingga ke saat saya sedang membuat entri ini. Mungkin nak keluar untuk bonding dengan anak anak kerana tak lama lagi birthday Juita. Elok juga kalau dapat meraikannya lebih awal. Dalam begitu pun, saya nampak ada nasi lebih semalam, jadi saya terus memasak nasi goreng. Oleh kerana ada lagi baki ikan jeruk dalam peti ais, jadi lah nasi goreng ikan masin yang sempoi untuk sarapan pagi ini. Jom layan...


Nasi Goreng Ikan Masin

Nasi Goreng Ikan Masin
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
3- 4 cawan nasi putih
1 tangkai cili merah besar
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih - hiris
2 keping ikan jeruk
1/2 cawan sayur campuran 
2 biji telur
Garam


Tumbuk cili merah dan bawang merah, manakala bawang putih pula dihiris kerana saya lebih suka bawang putih yang boleh dikunyah.

Panaskan minyak, goreng ikan jeruk sambil dihancur hancur kan dengan senduk. Masukkan bahan tumbuk dan bawang putih hiris. Masak sehingga agak garing dan wangi.


Nasi Goreng Ikan Masin

Masukkan pula sayur campuran dan goreng sebentar supaya masak sebelum dituangkan telur. Terus masukkan nasi dan dikacau rata supaya nasi bersalut dengan telur.

Nasi Goreng Ikan Masin

Nasi Goreng Ikan Masin

Akhir sekali masukkan garam. Jangan banyak kalau ikan jeruk dah masin. Angkat dan hidangkan. Tabur dengan bawang goreng dan daun saderi.

Nasi Goreng Ikan Masin

Selamat bersarapan di hari minggu...

Nasi Goreng Ikan Masin

Enjoy ....

   
Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Nasi Goreng Ikan Masin Sempoi Untuk Sarapan"

  1. Nampak sedap. Tapi kalau nak lebih uuumph perlulah disaji dengan teh arab panas(teh dicampur dengan daun pudina)

    BalasPadam
  2. Ohh rumah kami ada daun mint tu tapi tak pula teringat nak buat teh arab. Nanti boleh cuba.

    BalasPadam