Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Tuesday, 27 March 2012

Kek Batik Arora




Sampai jer di rumah saya terus ke dapur selepas terpandang Kek Batik Arora Mat Gebu yang sangat cantik warna warnanya. kebetulan semua bahan yang diperlukan ada kecuali perisa yang tak cukup 5 jenis. Nasib baik masa menyediakannya sangat singkat, sebab saya terpaksa bergegas untuk mandi dan solat kerana ingin mengikut hubby ke perjumpaan geng alumni di Kantin Sahur selepas maghrib. Dah masuk dalam oven, minta my daughter tengokkan seterusnya sehingga masak. 

Dalam keadaan terkejar kejar macam tu, result pun boleh boleh jer lah.  Coraknya pun main campak campak, tak lah secantik kek batik Che Mat Gebu yang memang teliti pembuatannya. Warnanya pun tak nampak ketara perbezaannya terutama antara kuning dan oren. Jadi corak batiknya tak berapa cantik. Kalau kain batik yang dicanting seperti kek saya malam ni, rasanya harga  dah jatuh murah lah.  Kalau jual harga mahal, sure tak laku nyer.  Apa nak buat kerana ini jer warna dan perisa yang ada dalam simpanan. 

Gambar pun diambil dah pukul 11.30 malam, sebaik balik dari Kantin Sahur dengan keadaan mata yang dah mengantuk.  Esok kerja pulak tu, ada mesyuarat dan sebagainya. Jadi semuanya dibuat dengan cepat. Apa apa pun kek ini sedap dan moist.

Jom layan jer ler.... 

Kek Batik Arora 
Sumber: CMG

Bahan bahan 
250 gram mentega 
100 gram gula kastor 
3/4 cawan susu pekat manis 
250 gram tepung gandum* 
2 camca teh baking powder* (*disatukan dan diayak) 
6 biji telur gred A 
1 camca teh ovallate 

5 jenis perisa pilihan anda 
Pewarna oren = perisa oren 
Pewarna merah = perisa stoberi 
Pewarna kuning = perisa vanila 
Pewarna coklat = perisa coklat emulco 
Pewarna hijau = perisa pandan paste 

Cara cara 
Panaskan oven pada suhu 175C, lenser bund-pant berlubang tengah dengan mentega dan tabur dengan tepung gandum rata2 dan ketuk keluar lebihannya. Atau guna tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan. 

Putar mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan susu pekat manis dan putar hingga sebati. Tambah telur satu persatu sambil diputar hingga kembang. Jarak masa untuk setiap satu biji ialah satu minit. 

Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga rata. Atau anda boleh gaul adunan tadi dengan spatula sambil menambah tepung sedikit demi sedikit. gaul hingga rata. 

Bagi adunan tadi pada 5 bahagian sama banyak dan bagi setiap bahagian dengan perisa yang anda gemari dan warna yang anda suka. Isi di dalam loyang dengan cara meletak secara bertompok tompok sebanyak 2 sb setiap tompok sehingga habis. 



Bakar dalan oven selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek sekejap dan boleh keluarkan dari tin. Biar sejuk sepenuhnya atas jaringan. Ayak dusting powder atau gula aising sebagai hiasan (jika suka). Hidangkan..






2 comments:

  1. wah ngancam lah Zie macam nak rasa pasti sedap kan..

    ReplyDelete
  2. Sedap Noor. Rasa macam 1 Malaysia. hahaha sebab ada pelbagai perisa. Tahniah Noor atas blog yang semakin bergaya.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.