Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Monday, 5 March 2012

Gulai Lemak Ikan Talang Masin Dengan Nenas



Cer citer cer citer ... haaa tu dia.  Cerita cerita lagi pasal ikan kering ikan talang kat Pulau Pinang petang petang sampai saya dah teringat teringat. Pantang dengar pasal makan, memang terliur dan terus nak buat.  Hampir jer nak ajak hubby bercuti ke Pulau Pinang cuti sekolah ni.  Sementelah pulak dah lama kami tak bercuti ke mana mana. Saya seronok menghabiskan cuti di rumah sahaja.  

Balik kerja terus singgah ke The Village Grocer, terus sambar nenas sebiji walaupun tak tahu bila nak dimasak gulai lemak cili padi ikan talang dengan nenas.  Dalam hati berfikir, beli lah dulu nenas ni.  Tapi balik rumah jer, buka peti sejuk, ada rupanya ikan talang yang besar seekor dengan tak berusik pun lagi.  Entah bila saya membelinya pun tak tahu.  Ada lagi tanda harganya RM18 di plastik tu.  Apa lagi terus jer, saya ambik gunting dan potong kecil kecil isi ikan talang dan juga tulang tulangnya. Masak gulai lemak ler kita, jom layan...

Gulai Lemak Ikan Talang Masin Dengan Nenas

Bahan bahan:
10 biji cili padi
2 bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 batang serai - ketuk
1/2 biji nenas - potong kecil
Santan secukupnya
Ikan talang masin - potong

Kisar cili padi, bawang merah dan kunyit hidup.  Tuangkan ke dalam periuk dan dimasak dengan ikan kering sebentar sehingga menggelegak.  



 


Masukkan santan dan nenas ke dalamnya.  Kacau rata rata sehingga kuah mendidih.



Boleh lah diangkat dan dihidangkan.  Saya tak letak garam dan asam keping kerana ikan sudah masin dan nenas pun sudah masam.




Makan dengan nasi putih panas panas memang sedap....


3 comments:

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.