Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Gaya Aween Dalam Majalah Yezz! 1 April 2012


Wah wah wah anak bongsu saya tu bukan main bergaya lagi berposing dalam ruangan Knock! Knock! majalah Yezz! keluaran 1 April 2012. Hihihi masuk bakul angkat sendiri lah pulak, mama si Aween ni. Majalah Yezz! adalah majalah untuk remaja berumur 13 ke 17 tahun, untuk anak anak kita yang sedang meningkat usia remaja gitu.  Semasa photoshoot diadakan, Aween hanya bersendirian kerana  kami bekerja dan Juita ke sekolah sebab Aween bersekolah di sessi petang.

Bukan nak puji lah, dia memang berbakat dalam bab hias menghias ni.  Bukan sahaja bercitarasa tinggi dalam bab bab berpakaian tapi juga punya citarasa dan pilihan tersendiri untuk dekorasi bilik tidur dia. Tahu apa yang dia inginkan.

Sekali sekala bila menjenguk bilik tidur beliau, saya sendiri teruja dengan bilik yang semerbak mewangi yang sungguh memberikan ketenangan. Aween amat mementingkan dekorasi biliknya, malahan kalau kami ke mana mana shopping mall, Aween akan meminta dibelikan barang barang hiasan rumah. Dulu dia pernah menyuarakan cita cita untuk menjadi seorang akitek. Mungkin juga sesuai kerana dia sangat berbakat dan yang paling penting, punya minat. Bakat sahaja tidak cukup tanpa minat.  

Bukan sahaja dalam hal hal dekorasi tapi Aween juga berbakat dalam urusan fotografi juga di mana angle yang dipilih adalah lebih unik dan berseni berbanding saya sendiri. Sebagai ibu, saya hanya akan memberi sokongan atas apa jua yang dia minati dan ingin ceburi di masa akan datang.  




All the best, Aween.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Gaya Aween Dalam Majalah Yezz! 1 April 2012"