Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

23 Mar 2012

Bingka Lemak Manis

 
Boleh caya ke? aaiiyaa ini minah memang tak reti sabar. Bila rasa nak membuat kuih jer, dah tak boleh tunggu tunggu lagi. Pukul 12 tengah malam pun masih nak masuk dapur dengan baju tidur pulak tu, mencari bahan bahan diperlukan. Sabor jer lah. Ini semua gara gara gian sebab dah lama tak memasak kerana tiap hari sesampai sahaja di rumah dah hampir maghrib, jadi hubby terus singgah beli makan malam untuk 2 orang anak kami. Saya pulak sekarang tengah kemaruk menonton youtube Ustaz Kazim. Sejak Kak Ana dan Rin memberitahu pasal kuliah ugama di you tube, tiap malam saya mendengarnya. Terasa kerdilnya diri ini, serba kekurangan dari segi amal dan bekalan. Harap saya mempunyai masa dan semoga Allah menerima ibadat dan mengampuni segala salah dan dosa selama ini.

Berbalik pada resepi malam ini, sebenarnya saya cuba nak menghabiskan roti gardenia yang dah hampir luput tarikhnya, ikut perkiraan saya lah. Tapi bila masuk dapur jer, tengok roti dah tak ada. Maknanya dah jadi makanan 2 ekor ayam hutan saya lah tu. Jadi saya tukar pada resepi Bingka Lemak Manis yang kebetulan semua bahan yang diperlukan ada di dalam kitchen store. Nasib baik menyediakannya sangat cepat. Rasanya dalam 15 minit dah boleh dibakar di dalam oven. 

Jom layan resepinya ....

Bingka Lemak Manis
sumber: yatie memories

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3 biji telur
3 cawan santan - (200ml santan KARA + 2 cawan air)
3 sudu besar susu pekat manis
Garam secukup rasa
1 sk esen vanilla
Sedikit pewarna kuning
Bijan - utk tabur (opsyenal)

Cara-cara
Satukan ke semua bahan bahan di dalam blender kecuali bijan dan kisar hingga sebati.

Masak adunan hingga pekat dan sentiasa di kacau di atas api sederhana perlahan.

 
Tuang ke dalam loyang yang di sapu majerin, ratakan  adunan dan tabur bijan jika suka.  

 
Bakar selama 40 min atau sehingga kelihatan garing.  Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.




Taraaa....

2 comments:

  1. salam azie,

    kuih bingka ni meme sedap...sayapun suka kuih ni..tpi di kb loni...kuih muihpun doh naik rego...jdi keno belajar masak sendiri la...
    saya nk tanya azie...masa bakar ni..azie guna api atas ko utk dptkan permukaan garing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah zaman dulu, seketul 20 sen jer. Sekarang dah naik harga.

      Sebenarnya I pun tak reti nak guna oven ni. Tak tahu kalau oven ni boleh guna api atas atau bawah sahaja. Masa beli dulu, tak bertanya. Beli asal oven jer.

      Selama ni, hanya guna api atas dan bawah jer. Bakar lama lama supaya berkerak kerana kerak tu yang sedap nyer

      Delete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.