Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

12 Feb 2012

Spaghetti With Prawns, Clams and Scallops

 




Malam minggu lepas, semasa ke IPC, kami singgah ke kedai buku Popular menemankan Juita membeli buku buku rujukan. Saya dan Aween sempat singgah di bahagian buku buku masakan. Aween memilih satu buku pasta untuk saya jadikan rujukan. Walaupun saya dah membeli bahan bahannya beberapa hari lepas di Village Grocer, namun hanya petang ini berkesempatan untuk memasaknya lebih lebih lagi bila anak buah kami, Hariri singgah dalam perjalanan balik dari Ipoh ke Bangi.

Resepi ini sangat simple dan mudah sekali menyediakannya. Dan yang paling penting, ianya aduhaaaii sedap sekali. Anak anak saya mengerumuni dapur semasa spaghetti masih di kuali. Itulah saat yang paling menyeronokkan bila melihat mereka berebut rebut spaghetti. Resepi asal menggunakan tagliatelle tapi saya hanya menggunakan spaghetti. Saya juga meletakkan clams kerana hanya sedikit sahaja stok udang yang tinggal.

Jom kita tengok resepi nya dan gambar gambar yang dirakamkan oleh Hazween Aidiq, anak bujang saya yang sangat kreatif dan berbakat dalam fotografi.  Ternyata dia mempunyai minat yang sama dengan saya ....


Spaghetti With Prawns, Clams and Scallops

450 gram udang
450 gram scallops
450 gram clams

25 gram butter
2 ulas bawang merah - cincang
350 ml air
450 gram spaghetti/tagliatelle
2 sb olive oil
2 sb fresh chives
Garam
Lada hitam

Buangkan kulit udang dan ketepikan kulitnya. Keringkan scallops dan udang dengan tisu dapur.  






Panaskan kuali dan masukkan butter. Masukkan bawang merah dan tumis dengan api perlahan. Kacau rata rata selama 5 minit. Masukkan kulit udang dan kacau selama 1 minit sebelum masukkan air. Bila air mendidih, perlahankan api dan biarkan ianya simmer selama 10 minit atau sehingga airnya tinggal separuh. Tutup api.






 
Sementara itu, rebus pasta mengikut masa ditetapkan di bungkusan. Masukkan garam dan sedikit olive oil.




Di dalam kuali berasingan, panaskan olive oil. Masukkan scallops, udang dan clams, dikacau rata selama 2 minit atau sehingga bertukar warna.









Tapiskan stok kulit udang ke dalam kuali. Kemudian masukkan pasta yang telah ditos ke dalam kuali.






Akhir sekali masukkan garam, black pepper dan chives. Kacau rata selama 1 minit sebelum diangkat dan dihidangkan.






Bolehlah dihidangkan.







Enjoy ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.