Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

6 Feb 2012

Spaghetti alla Bolognese Kegemaran Anak Anak





Haaa ingatkan lepas masak Spaghetti Aglio e Olio agak lewat pagi tadi yang dah dikira brunch, boleh lah saya berehat. Azam tengah kuat sekali ni untuk berdiet.  Tapi permintaan Aween yang berkali kali kali memang tak dapat di tolak. Naluri seorang ibu memang tak sanggup bila mendengar anak meminta dimasakkan makanan kegemaran.  Sebenarnya dah berturut turut hari, kami memasak spaghetti.  Memang lah budak budak sekarang sangat menggemari makanan barat seperti pasta, steak dsb. Sedangkan saya sendiri lebih suka masakan melayu jer. Sehinggakan anak bujang saya tu, masuk ke dapur dan merebus sendiri spaghetti tu kerana saya mahu supaya makan lewat petang sedikit, maklumlah baru kejap tadi makan spaghetti aglio e olio. 

Resepi ini pun saya belajar dari resepi dan video omputih juga sebab saya memang nak belajar membuat spaghetti alla bolognese mengikut cara orang Itali, kiranya original italian recipe lah.  Cepat sangat memasaknya kerana bahan bahan telah tersedia ada.  Cuma tempoh untuk membiarkan sos simmer tu yang agak lama.  Nak tengok resepinya klik di SINI. Jom lah kita layan ...

Spaghetti Alla Bolognese

Seperti biasa spaghetti direbus dengan garam yang banyak, supaya air nya terasa masin, baru sedap.  Jangan risau kerana bukan semuanya akan menyerap pada pasta tu.  Tengok anak bujang saya sedang merebus pasta. Ini gambar yang dirakam secara curi.






Masukkan olive oil ke dalam periuk dan masukkan daging cincang. Masak hingga keperangan.



Lepas tu campakkan kesemua bahan yang dicincang/potong kecil seperti karot dan celeri.  Masukkan juga bawang besar dan bawang putih.



Selepas sayuran agak layu, masukkan diced tomato dan tomato puree.  




Akhir sekali masukkan garam, italian herbs, oregano, coarse black pepper, bay leaves atau apa apa yang disukai.




Renihkan selama 1 hingga 1 1/2 jam di dalam slow cooker, atau boleh jer direnih atas dapur atau di bake di dalam oven.



Taburkan parmesan cheese dan daun parsley sebelum dihidangkan.



Enjoy ....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.