Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

2 Feb 2012

Puding Roti Durian





Aduhai susahnya untuk berkata TIDAK pada buah yang satu ini, raja segala buah. Buah yang my Laling Hubby beli tempohari masih tersimpan di dalam freezer. Semalam saya dah mencukainya untuk dibuat Bubur  Kacang  Hijau dengan Durian dan Pulut Durian. Akibat makan tak ingat dunia, semalam tak lelap tidur dek kepanasan.  Alahai kalau umur dah macam macam ni makan durian yang begitu berlemak berulas ulas, mana boleh tahan. Masih lagi bersisa beberapa ulas. Tak senang hati selagi masih tersimpan di dalam freezer, ada jer rasa nak mengerjakannya.

Petang tadi ke klinik buat pemeriksaan pasal apa tak boleh tidur. Hahaha walaupun semalam makan durian, kandungan gula masih rendah walaupun saya takut untuk membuat ujian gula kerana rasa bersalah teramat dengan diet semalam. BP? hmmm BP pun OK, membuat saya tersenyum dan pastinya BP akan lagi turun secara psikologi.  Result ini menjadikan saya tak serik untuk balik memasak resepi berasaskan durian lagi.

OK berbalik pada resepi ini, petang tadi kami terpaksa mengambil Aween dari sekolah USJ kerana driver yang mengambil beliau mempunyai urusan lain. Sementara menunggu di dalam kereta, saya membelek belek resepi dan terjumpa resepi Puding Roti Durian yang bahan bahannya cukup untuk dibuat malam ini juga. Balik rumah, letak sahaja handbag terus masuk dapur memulakan operasi dengan baju pejabat gitu.

Sekejap sahaja penyediaannya dan rasanya sedapppp. Ya lah, kalau apa apa jer yang berasaskan durian, memang sedap ler pada saya. Tak caya? haaa apa kata cuba membuatnya sendiri apalagi hujung minggu ini kita akan bercuti panjang sempena Maulidur Rasul dan Thaipusam. Jadi bolehlah disejukkan dalam peti sejuk dan dimakan berulang ulang. Ya la, kalau hari kerja, mana boleh buat begitu kan?

Jom lah kita tengok resepinya ... sebab nak cepat, tak ambilpun gambar semasa penyediaannya tadi ... layannnn


Puding Roti Durian

Bahan bahan
1 paket  agar agar (20 gram)
5 mug air
5 keping roti
2 cawan gula (kurangkan, jika tak suka manis)
1 tin susu cair
2 - 3 ulas durian (diambil isinya)
3 biji telur
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna ikut suka

Cara-cara
Masak agar agar dgn air dan gula hingga hancur.

Sementara itu blend susu cair, telur,  isi durian, roti, esen dan tepung kastard.

Tuang satu senduk agar agar  ke dlm bekas leper dan campurkan satu warna, kacau. Tuang satu senduk lagi untuk warna kedua. Biarkan sejuk dan keras.

Bahan bahan yg di blend dimasukkan ke dalam lebihan agar agar yg di dalam periuk tadi, kacau rata.  Padamkan api, masukkan adunan ke dalam acuan atau loyang yang dibasahkan.

Agar agar yg telah diwarnakan tadi kalau dah keras, dipotong potong kecil dan di masukkan ke dalam loyang yg berisi puding tadi. Kacau rata dan biarkan sejuk dan keras, sebelum dipotong. 

Sedap dimakan semasa sejuk.





No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.