Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

26 Feb 2012

Pancake, Snack Juita dan Aween


Bila terasa ingin mengunyah apa apa, anak anak saya akan ke dapur dan menyediakan pancake. Itu sebabnya saya membeli banyak bahan makanan segera di dalam peti sejuk rumah kami untuk memudahkan anak anak menyediakan sendiri makanan mudah dan cepat disediakan. Kami beli dan menyimpan stok barang seperti pre mixed cake dan pancake, nuggets, bugger, sausage, maggi dan makanan frozen juga seperti mantau, pau, ais krim dan banyak lagi.  Ya lah, kami tiada maid jadi bila terasa nak makan sesuatu, mereka boleh menyediakan sendiri.

Bila saya tengok cara mereka makan pancake, agak menarik juga. Itu yang terpanggil untuk merakamkan penyediaan pancake yang dibuat oleh Juita dan Aween petang tadi. Kalau saya masa kecik mana ada pancake ni semua. Yang ada, lempeng gandum dan lempeng kelapa jer. Memang mengenyangkan lempeng lempeng ni semua. Kalu masa kecik kecik dulu, lempeng dimakan dengan mencicah gula sahaja.  Rasanya dah lama saya tak membuat lempeng ni, sejak sejak kawin lah. Jom kita tengok gambar gambarnya ...

Layannnn ....

Pancake

sedang dimasak

pancake yang baru dikeluarkan dari kuali

dimakan hanya dengan sedikit honey

boleh dimakan dengan buah buahan segar

Enjoy...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.