Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Friday, 10 February 2012

Nasi Lemak Dengan Ayam Goreng Berempah



Untuk makan malam hari ini, saya memasak Nasi Lemak dan dimakan dengan Ayam Goreng Berempah, Sambal Ikan Bilis, Gulai Lemak Pedas Perut dan juga telur dadar. Memang bersilat di dapur sebab sampai rumah pun dah agak lewat kerana ada mesyuarat di pejabat petang tadi. Segala galanya harus dilakukan dengan cepat supaya makan malam tersedia apabila Hariri, anak saudara saya singgah di rumah dalam perjalanan ke Ipoh.

Nasi lemak saya kali ini menggunakan resepi Nasi Lemak yang saya pelajari dari Sahor, bos Kantin Sahor di Kolej Ketiga UM yang femes tu. Memang sedap nasi lemak dan kali ini saya hanya memasak menggunakan rice cooker sahaja. Mana sempat nak mengukus bagai kerana saya hanya mempunyai sejam setengah sahaja untuk menyiapkan makan malam. Bagi yang ingin melihat resepi nasi lemak Sahor boleh klik di SINI. Untuk resepi Gulai Lemak Perut pula, klik di SINI. Sambal Ikan Bilis pula ada di SINI.

Yang istimewa nasi lemak malam ini ialah Lauk Ayam Goreng Berempah yang sangat sedap. Biasanya Ayam Goreng Berempah dimakan dengan nasi lemak kukus. Bila dimakan panas panas, memang sangat sedap terutama rempahnya yang garing. Jom lah kita tengok resepi dan gambar gambarnya ...

Nasi Lemak

Tumis bahan tumbuk, serai dan daun pandan dengan minyak dan butter.



Tuang santan dan garam dan masak sehingga mendidih.  Bila mendidih, masukkan beras yang telah dibasuh dan ditos. Pindahkan periuk ke rice cooker dan masaklah seperti biasa.





Ayam Goreng Berempah



Bahan-bahan:

1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci kunyit hidup**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**
**ditumbuk atau dikisar kering

1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Garam
Minyak untuk menggoreng.

Cara cara:

Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap. Perap selama 30 minit.



Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.
(blh letak jintan manis dan jintan putih)



Boleh dihidangkan.






 Enjoy ... 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.