Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

11 Feb 2012

Marble Cake




Saya hanya lepak lepak selepas sarapan pagi, badan rasa lemah lemah dan sejak 2 hari lepas, mula kena vertigo yang perlukan saya berehat. Tapi bila badan jer berehat tapi minda tak rehat pun tak jadi juga. Memang saya tak reti duduk saja saja. Jadi teringatkan sour cream yang saya beli di Village Grocer tempohari yang dah hampir expiry date. Terpaksalah juga saya memasakkan sesuatu yang menggunakan sour cream. Haaaa itu yang teringat Kek Marble CT yang menggunakan sour cream. Hari tu, saya terpandang Kek Marble CT yang berwarna pink dan hijau yang nampak lembut manja gitu, amat menawan hati.  

Saya memang menggemari kek plain seperti kek marble ni. Yang cheese atau chocolate tu, kurang sikit lah.  Al maklum saya ni budak kampung yang dari kecil tak biasa makan itu semua.  Hanya tahu makan kek kosong jer.  

Marble Cake 
Sumber : CT

Bahan-bahan :
4 biji telur gred A
200 ml krim masam
120 gm butter - dicairkan
1 cawan gula kastor
1 1/2 cawan tepung 
1 sudu teh soda bikarbonat + 1 sudu teh cuka masak
1 sudu besar susu tepung (resepi asal serbuk koko)

Cara-cara :
1. Pukul telur dan gula hingga kembang dan gebu selama 5 minit.

2. Masukkan butter cair dan krim masam. Masukkan tepung, campuran soda dan cuka. Pukul lagi pada kelajuan sederhana. 

3. Adunan dibahagi dua, satu campurkan dengan serbuk koko. (Bahagi 3 dan warnakan berasingan setiap satu).

4. Masukkan adunan kedalam loyang beralas dan bergris secara berselang-seli. Bakar pada suhu 175C selama 40minit atau hingga masak.






1 ulasan:

  1. Alahaiii.. sedappp nyeee.. :)

    malas nk buat.. order je bolehh..??? hehheheheee

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.