Iklan Nuffnang

Adsense HTML

12 Feb 2012

Laman Nur Qaseh Dalam Majalah MIDI 15 Februari 2012


 
Yang sebenarnya saya pun tak tahu bila mereka merakamkan gambar gambar laman kami yang tak seberapa ini. Tak berseni seperti sentuhan pakar landskap. Semuanya dibuat sendiri, dibela dan dibelai sendiri. Kolam ikan pun dijaga oleh my Laling Hubby yang bertanggungjawab sepenuhnya bila ikan ikan memberi isyarat minta dibersihkan kediaman mereka. Saya memang suka mengunjungi nurseri yang menjual pokok pokok bunga, memang seperti satu terapi terutama kalau saya perlukan kerehatan minda. Saya akan ajak hubby ke nurseri yang terletak di belakang rumah kami.  Memang saya tak pernah merasa jemu mengunjungi nya walaupun berkali kali. Kalau balik, mesti nak beli walaupun hanya sepokok benih atau se beg tanah atau pun pasu.  Pendek kata mesti nak membeli lah apa apa. Balik ke rumah jer, mulalah terus mengerjakannya.  

Kalau saya tak lewat ke pejabat, pagi pagi lagi saya dah menyiram pokok pokok dalam pasu di teres dan mengambil getah untuk memancut air ke pokok pokok di bahagian porch pulak. Hati senang sekali bila pokok sudah bersiram sebelum ke pejabat.  Di samping menyiram pokok, saya juga memberi ikan ikan makan sebelum ke pejabat.  Menyapa Japanese Koi kesayangan termasuk seekor yang saya panggil Egypt kerana ianya dibeli oleh my daughter, Nana.

Aktiviti ini akan diulang lagi selepas balik dari pejabat, kadang kadang pukul 11 malam pun saya masih keluar menjenguk ikan ikan kami.  Atau selepas semua urusan selesai, saya akan lepak lepak sambil menyaksikan ikan ikan kelah melibas ekor nya dek menyambar makanan.  Mengintai dan mengintip ikan patin buah yang pemalu, suka berlindung di bawah pokok pokok tanaman air. Sambil menonton TV, saya boleh mendengar deruan air terjun dari kolam di hadapan gazebo. Bunyi itulah yang membuatkan terasa nyaman sekali dan sungguh merehatkan.

Hujung minggu adalah hari yang dinantikan oleh pokok pokok dan tanaman di mana mereka tahu saya akan membuat lawatan dan merawat mereka, memberi mereka makan juga bila saya mula menabur baja baja, mencabut rumput rumpai yang berkeliaran di sekeliling mereka dan mencuri makanan mereka. Saya juga akan mencantas mana mana dahan atau daun yang sudah tua dan kekuningan. 

Saya memang suka aktiviti ini, berpeluh peluh seolah bermandi dengan air peluh.  Kalau penat, saya berehat sekejap dan sambung lagi. Saya juga akan melihat mana mana pokok yang perlu di tukar tanah dalam pasunya atau pokok yang dah terlalu sesak perlu dibelah akar dan diberi sedikit kelegaan dengan menanam sebahagian darinya di pasu baru.  

Ada yang bertanya apa konsep taman saya? Jawab saya laman tropika tetapi tak tahu lah kalau ianya benar benar menepati konsep laman tropika. Apa apa pun saya memilih pokok pokok heliconia, calathea, halia bara  dan lain lain pokok tropika di samping pokok yang menghasilkan bau bau yang harum. Nak tengok pokok pokok di laman saya? Boleh klik di ENTRI sebelum ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, dapatkan naskhah MIDI 15 Februari 2012 hari ini juga .... yeah promote untuk geng geng di Karangkraf ...


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.