Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

21 Feb 2012

Kuih Talam Gula Merah



Ini satu lagi resepi yang saya pelajari dari sahabat baik saya, Yarina yang memberi resepi keluarga beliau di mana neneknya memang berjual kuih muih dahulu.  Mendengar dia memberitahu keenakan kuih ini menjadikan saya memang tak sabar untuk cuba memasaknya sendiri. Tetapi kerana masalah pengukus membantutkan niat saya.

Balik jer dari pejabat, saya terus masuk ke dapur kerana kuih talam perlu betul betul sejuk sebelum boleh dipotong untuk dimakan dan juga diambil gambar.  Di samping itu, saya juga tak sabar untuk membuat perasmian TRIO steamer yang baru dibeli dari JJ, One Utama hari Ahad yang lepas. 

Tapi sebab first time menggunakan steamer ini, berpeluh juga dibuatnya.  Apa tak nya, nampak penutup pengukus yang berwap wap, menjadikan saya panik.  Itulah pasal, saya pun jenis nak short cut tadi.  Sebab nak cepat saya tak masak terlebih dulu lapisan bawah, jadi punyalah lama dikukus masih berair permukaannya.  Bila dah hilang sabar, saya mula menceduk air keluar.  Lapisan atas saya masak di atas dapur terlebih dahulu, jadi sekejap sahaja dah masak. Jadi pelajaran hari ini ialah, jangan cuba nak mencari jalan pintas kalau membuat kuih muih....

Jom lah kita layan resepinya dulu ... 

Kuih Talam Gula Merah

Lapisan bawah:
1 cawan gula merah
1 1/2 cawan gula
Sedikit air

Masak gula merah dan gula putih dengan sedikit air. Sejukkan.

1 1/2 cawan tepung beras
4 1/2 cawan air (termasuk air gula tadi)
Sedikit air kapur

Bancuh tepung beras dengan air dan sedikit air kapur. Kacau sehingga larut dan tapis ke dalam periuk.

Masak sebentar di atas api sederhana sehingga agak pekat. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.

Kukus selama 20 minit. Setelah masak dilorek permukaan dengan garfu.





Lapisan atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan
Sedikit garam

Satukan semua bahan dan tapis.  Kacau rata atas api perlahan sehingga agak pekat.

Tuang menggunakan senduk dengan perlahan lahan ke atas lapisan bawah. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.




Biarkan betul betul sejuk sebelum dipotong menggunakan pisau plastik. Enjoy ....

5 ulasan:

  1. Salam.Apa ye kegunaan air kapur?:)kalo tak masukkan..boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi kuih kenyal sedikit. Tak ada pun tak apa

      Padam
  2. salam kak..apa beza tepung talam istimewa dgn tepung talam gula merah

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.