Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Tuesday, 28 February 2012

Kari Ikan Sardin




Saya tak bercadang untuk memasak apa apa malam ini kerana penat mengemas rumah dek banyak bumbung rumah kami jatuh berkecai diterbangkan angin yang kuat petang tadi. Banyak atap yang pecah jatuh ke dalam kolam dan teres. Air mencurah masuk ke dalam rumah.  Act of God.  Kami pasrah.  

Tapi bila hubby meminta saya memasak ikan sardin untuk dimakan dengan lemang yang dibeli di RnR, Seremban dalam perjalanan balik dari Seremban petang tadi, saya tiba tiba teringat komen Kak Ana, sahabat dan bekas boss dalam facebook saya pada gambar Ikan Sardin Masak Cili Padi di mana dia memberitahu yang sardin sedap juga dimasak kari.  Jadi saya terus memasak Kari Ikan Sardin dan bukan masak sardin seperti yang biasa dimasak.

Sedap bila kuah kari dibuat pekat pekat sikit sebab nak dicicah dengan lemang. Masaknya juga mudah, cuma masa menggoreng sardin tadi, minyak dah terpercik ke tangan.  Aduhai boleh tahan juga pedihnya, cepat cepat disapu dengan garam kerana garam jer yang terdekat dan senang dicapai.

Jom layan resepinya ...

Kari Ikan Sardin

Bahan bahan:
1 tin sardin
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 sudu besar serbuk kari
4 cili padi
1 tangkai daun kari
Sedikit halia
Garam
Asam jawa

Cara cara:
Asingkan ikan sardin dan sosnya.  Panaskan minyak dan goreng ikan sardin sehingga agak agak rata bergoreng.




Panaskan minyak dalam kuali lain.  Masukkan cili padi, bawang bawang hiris, halia dan daun kari sehingga garing dan wangi.





Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air.  Goreng sehingga rempah garing dan wangi.





Masukkan santan dan air secukupnya.  Akhir sekali masukkan ikan sardin, asam jawa dan garam.  Masukkan juga sedikit sos sardin, jika suka.  Sesuaikan rasa dan kepekatan yang diingini.







 Angkat dan sedia dihidangkan.  yeah.




Enjoy ...



1 comment:

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.