Iklan Nuffnang

Iklan

geniee

1 Feb 2012

Ikan Patin Gulai Tempoyak





Semasa dok relax relax hari ahad, sambil membaca akhbar Mingguan Malaysia, terpandang resepi Ikan Patin Tempoyak dalam ruangan Selera Mingguan. Gambar masakan nya sahaja sudah menyebabkan kita menjadi begitu terliur. Teringat semasa balik kampung baru baru ini, mudah sahaja untuk mendapatkan ikan Patin Sungai liar yang dijual di pasar Jelawat. Biasanya ikan patin sungai lebih kecil kecil saiz berbanding dengan ikan patin yang diternak. Kalau di KL ni, saya tak tahu mana nak mendapatkan ikan patin sungai. Nampak gaya kalau balik kampung lagi, saya mesti freeze dan bawa balik ke sini ...

Hari ini saya lepak jer kat rumah. Maklum lah orang Wilayah, eh eh kerja kat Wilayah, jadi hari ni saya bercuti lah. Sebab kekonon nak mula projek diet, rasa tak mau masak apa apa tapi hubby pulak bagi hint yang saya boleh masak hari ni kerana mesti tak penat sebab seharian berehat di rumah. Jadi bila hubby menyebut pasal ikan patin, terus teringatkan resepi yang saya salin dari mingguan malaysia minggu lepas. Jadi, kenalah memasak juga hari ini. Lagi pulak, masak tempoyak ni senang dan yang penting masakan kegemaran hubby dan anak anak ...

Waah teringin betul nak makan ikan patin sungai ni. Hmm dah tak ada ikan patin sungai, masak jer lah patin ternak. Hubby kata nak patin sungai, kena gi cari kat sungai. Hmm lawak petang dia lah tu. Ikut apa yang Chef Roslan Ghani kongsikan, kuah gulai ini tidak boleh terlalu pekat. Hmmm sedap sedap, makan dengan nasi putih panas panas dan telur goreng dadar pun dah sedap. Jom jom kita layan resepi yang diberi ...


Ikan Patin Gulai Tempoyak
sumber: Mingguan Malaysia

Bahan bahan
1 ekor (1/2 kg) ikan patin 
20 biji cili padi - kisar
2 batang serai - titik
1 helai daun kunyit - carik
2 cm kunyit hidup - kisar
1 cawan santan
2 cawan air
4 sudu besar tempoyak
Garam secukup rasa

Cara cara:
Siang dan bersihkan ikan. Kisar cili padi dan kunyit hidup. 




Rebus ikan di dalam periuk berisi 2 cawan air dengan kunyit hidup dan cili padi yang telah dikisar, serai, garam dan daun kunyit.



Apabila mendidih, keluarkan ikan.



Masukkan tempoyak dan santan. Kacau hingga agak pekat.





Apabila mendidih, masukkan semula ikan. Kacau sekejap dan angkat. 





Hidangkan




Selamat menjamu selera ...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.