Iklan Nuffnang

Iklan

Revenue Hits

4 Feb 2012

Cucur Durian





Saya memang sangat sangat bersemangat untuk cuba memasak pelbagai kuih muih dengan menggunakan durian sementara durian masih bermusim sekarang ini.  Untuk sarapan, saya bangun pagi pagi lagi dan terus ke dapur untuk menyediakan cucur durian sebagai sarapan.  Kena masuk awal sebab adunan ni elok diperap terlebih dahulu bagi ianya elok mengembang.  Sementara menunggu adunan cucur diperap, saya menyediakan bahan bahan untuk memasak Nasi Ayam Istimewa yang diminta oleh Aween malam tadi ..

Jom layan resepinya ....


Cucur Durian

Bahan bahan:
2 cawan tepung gandum
1 camca kecil baking powder 
2 sudu besar gula (boleh tambah)
1/2 cawan isi durian - lecek 
1 cawan air suam (atau secukupnya)
Secubit garam
1 biji telur, pukul sedikit (jika suka)

Cara cara
Campurkan isi durian dengan gula dan kacau rata. Jika mahu, masukkan telur dan kacau lagi. 





Masukkan tepung, baking powder dan garam. Kacau kacau sehingga rata. Tuang air suam sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati. Rehatkan selama 10 - 20 minit.




Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Saya suka makan semasa cucur dah sejuk sedikit, baru terasa duriannya.




Bolehlah dihidangkan samada untuk sarapan pagi atau minum petang.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.