Iklan

Ruang Iklan Untuk Disewa

Ruang Iklan Untuk Disewa

Iklan Nuffnang

Monday, 27 February 2012

Classic Prawns and Mushroom Macaroni Cheese




Saya terpanggil untuk membuat Macaroni Cheese sewaktu makan makan di Secret Recipe, Giant Kota Damansara di mana Aween minta supaya saya belajar membuat macaroni cheese yang memang kegemaran anak anak saya. Setiap kali ke Secret Recipe, memang wajib, mereka order Mac Cheese. Jadi saya fikir elok juga jika saya mencuba, dapat lah anak anak makan dengan puas puas jika dimasak sendiri. 


Saya terus google dan mencari resepi yang mudah untuk dicuba. Balik office, terus singgah City Bakers dan The Village Grocer untuk mencari bahan bahan yang diperlukan. 

Hmmm sedap. Ala ala Mac Cheese di Secret Recipe. Yang pasti ianya menjimatkan kerana anak anak dapat makan dengan sepuas puasnya. Boleh bertambah tambah lagi. 


Jom layan resepi ini ...




Classic Prawns and Mushroom Macaroni Cheese
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan (4 hidangan):

500 gram macaroni
50 - 80 gram butter
2 sb tepung gandum
2 cawan (500ml) milk
2 cawan (250 gram shredded cheese

Udang - buang kulit
Straw mushroom - belah dua
Chopped parsley 

Garam
Black pepper or white pepper

Cara cara:
Masak macaroni di dalam periuk mengikut arahan masa di bungkusan. Tos dan masukkan kembali ke dalam periuk.






Udang direbus sekejap dan masukkan straw mushroom.  Angkat dan tos. 


Cairkan butter di dalam kuali dan masukkan tepung. Goreng tepung sambil dikacau selama 1 minit atas api perlahan.




Perlahan lahan tuang susu sambil dikacau. 



Masukkan udang dan mushroom.  





Kacau sehingga ianya hampir mendidih, kecilkan api supaya simmer selama 2 minit. Tutup api.




Masukkan cheese dan kacau sehingga ianya cair dan sebati.







Tuangkan cheese sauce ke atas pasta dan kacau sehingga bergaul dan bersalut rata. 




Tabur garam dan lada putih secukup rasa.




Masukkan chopped parsley dan kacau rata.




Terus dihidangkan sementara masih panas panas.






Enjoy ...



15 comments:

  1. Dah cuba, but I use red leicester cheese instead, so color dia a bit orangey. but it tastes awesome! thank you!

    -Jo

    ReplyDelete
  2. x sedap ponnnnn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selera masing masing berbeza. So sorry for you

      Delete
  3. Cepat muak la, mcm tak ade rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memasak ni, kenalah pandai sesuai dg rasa. Kalau tak cukup rasa, tambahlah sehingga sesuai dg rasa sendiri. Saya tak pernah menyalahkan resepi, kalau saya rasa tak sesuai dg selera saya. Sebaliknya saya akan tambah sehingga menjadi secukup rasa. Lagipun rasanya tak elok berbuat begitu kan? Bagaimana jika orang melakukannya pada kita, tentu kita akan terasa hati, betul tak?

      Delete
    2. Tak pandai mkn kot..mkn belacam je la ok..huhu..
      Kak azie..tq. Resepi ni mmg sedap..terbaik

      Delete
  4. Smlam terbaca post ni..buat trus today..thanks for the resepi..love it and sgt2 sedapp ;-)

    ReplyDelete
  5. as salam pn azie...tq for the recipe...my mum's favourite dish...everytime kena beli kat secret recipe...now dah boleh buat sndiri...like u said, memasak ni perlu ada creativity...kena pandai sesuaikan dengan selera sndiri..thanks ye

    ReplyDelete
  6. Assalam pn azie.. saya baru nak cuba resepi ni... Tp secret recipe punya mcm ada rasa bawang putih... Apa2pun, nk try recipe pn azie dulu... Thanks ye...

    ReplyDelete
  7. Thanks sudi kongsi resepi. Actually saya mmg selalu melawat blog awak. Hehehe sebab cara penulisan awak mudah difahami.

    ReplyDelete
  8. I will try this. Tq for sharing :)

    ReplyDelete
  9. salam pn azie..sy mmg tertarik ngn resepi puan. Gambar pn menarik..pe2 pun tq for sharing all the recipe.. :)
    -wanie

    ReplyDelete
  10. tq pn azie. Dah tak perlu beli lagi kat secret recipe. Best giler... Untuk yang tak suka mungkin tak pandai masak kot. ops...

    ReplyDelete
  11. Hai. Salam puan azie. Thnks 4 resepi. Sy kne try resepi nie. Terliur plk rsenye. Bile tngok gmbr.. hehe.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi komen. Ianya sangat dihargai.
Sekiranya anda telah mencuba resepi di sini, sudi kiranya dapat memberikan link entri untuk rujukan pembaca lain.

Kepada non blogger yang tiada akaun, sudilah menulis nama atau nama ringkas di bawah komen anda. Tak mesra lah nak panggil Cik/Puan Anonymous, kan.